...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, August 11, 2006

Kos di KL paling murah

Walaupun kajian menunjukkan KL paling murah...tapi perit jugak aku ni tiap-tiap bu
lan. Mana taknya...yang aku tension duk KL ni tol....nak kemana-mana semuanya tol....
nak cari keje kat tpt lain la...kalau melaka bess gak...

Kos di KL paling murah
Oleh Azli Ayob

Kaji selidik hasil pemantauan harga 122 barang, khidmat asas


KOS sara hidup di Kuala Lumpur adalah paling rendah di kalangan 71 bandar raya utama dunia, sementara Oslo di Norway pula paling mahal.

Keputusan itu hasil kaji selidik bertajuk ?Harga dan Pendapatan? yang dijalankan oleh firma kewangan global, UBS.

Ia dibuat berdasarkan kepada harga sekumpulan 122 barangan dan perkhidmatan asas yang sama.

UBS dalam kenyataannya bagi mengumumkan hasil kaji selidik itu, berkata bandar raya lain yang mempunyai kos sara hidup rendah adalah Mumbai di kedudukan ke-70, Buenos Aires (69) dan New Delhi (68).

London pula berada di kedudukan kedua sebagai bandaraya paling mahal, Copenhagen (ketiga), Zurich (keempat) dan Tokyo (kelima).

Di kalangan negara Asean yang diliputi dalam kaji selidik itu, Singapura berada pada kedudukan ke-32, Bangkok (ke-54), Jakarta (ke-57) dan Manila (ke-67).

Mengikut kaji selidik itu, walaupun Kuala Lumpur adalah bandaraya dengan kos sara hidup paling rendah, tetapi dari segi kadar upah ia berada di kedudukan ke-53, lebih tinggi berbanding negara serantau kecuali Singapura yang berada di kedudukan ke-38.

........

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena