...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, September 28, 2007

Bulan Puasa

Selamat Menyambut bulan RAMADHAN kepada seluruh umat islam di Malaysia..bulan yang penuh mulia dan keberkatan...bulan di mana umat islam berlumba-lumba untuk berbuat amat ibadat...disunatkan bersahur.....berpuasa dari makan, minum ....tubuh badan juga turut berpuasa.....berbuka puasa apabila menjelang waktu maghrib.....bersembahyang sunat tarawih......mengadakan tadarus al-quran...menunaikan zakat...bersedekah...

di bulan ini juga....syarikat-syarikat mengadakan majlis berbuka puasa dengan staff dan client masing-masing, kawan-kawan yg sudah lama tidak dengar khabar berita dihubungi semula untuk berbuka puasa bersama-sama dan bertanya khabar berita, berbuka puasa bersama office mate, class mate ... dan mate2 yg lain.. :)

Kepada peniaga-peniaga pula..inilah masa yg ditunggu-tunggu untuk menambah pendapatan...apabila menjelang ramadhan Pasar Ramadhan (PARAM) akan dibuka, di PARAM segala jenis makanan ada...bukan saja umat islam membeli belah di PARAM malah kaum-kaum lain pun turut serta...kerana ada sesetengah makanan yg cuma dijual di masa bulan Ramadhan seperti bubur lambuk (Bubur Lambuk Kampung Baru mmg terkenal). Di samping itu peniaga yg menjual kuih-kuih raya, kerepek, kacang dan sebagai nya menjadi perhatian kerana pada masa ini tempahan kuih raya ini akan bertambah.

Pada bulan puasa juga ramai umat islam yang kena di naik kereta keranda kerana tidak berpuasa...dan makan di tempat awam...kut yer tak puasa pun hormat la sikit org yang berpuasa ni....malu la sikit dengan kaum-kaum yang lain....kaum lain pun tahu hormat orang islam yang berpuasa...fikir-fikirkan lah

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena