...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, May 12, 2008

Macam-Macam

Dah lama tak update blog aku ni. Bknnya apa..aku kekurangan disiplin untuk mengemaskini blog ini. Semenjak last posted aku macam-macam telah berlaku. Sama ada dari segi personal aku dan juga isu-isu semasa yang telah melanda Malaysia.

Pemergian Uncle Bakar amat memeranjatkan aku dan aku merasa sedih yang amat sangat dan amat terasa akan pemergian arwah. Terdengar2 panggilan2 arwah untuk aku...namun ketentuan Ilahi tiada siapa yang tahu. Aku hanya mampu berdoa agar arwah di tempatkan di kalangan insan-insan yang beriman. Ajal maut di tentukan oleh NYA. Baru semalam bekas abang ipar aku juga pergi mengadap Ilahi. Arwah mengidap penyakit kanser tulang. Yang menyedihkan aku arwah tidak sempat melihat anak2nya yang lain kecuali anak sulung. Aku merasa terkilan yang amat sangat. Namun benda telah berlaku tidak dapat diputar kembali.


Tsunami politik yang melanda negara telah membuka mata pemimpin2 Barisan Nasional supaya jangan leka dan jangan ambil mudah dengan kehendak rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang berani dan tegas dalam membuat keputusan. Namun pemimpin yang sedia ada amat mengecewakan. UMNO sendiri telah berpecah belah. Dalam negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang hampir sama jumlahnya memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri diktator.

Bencana alam kerap berlaku akhir2 ini, Taufan Nargis yang berlaku di Myanmar telah mengorbankan berpuluh ribu nyawa, gempa bumi, gunung berapi, ribut taufan, banjir..hampir setiap hari kedengaran. Moga-moga kita dilindungi daripada bencana2 alam sedemikian rupa.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena