...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, April 07, 2009

BN Menang 1 Batang Dan Kalah 2 Bukit

Keputusan rasmi untuk Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah diumumkan. Tahniah kepada Datuk Seri Ir Nizar dari PAS kerana berjaya menakluk kawasan Parlimen Bukit Gantang mengalahkan calon BN dan juga calon Bebas. PAS berjaya mempertahankan kawasan Bukit Gantang.


Pasukan Kerajaan Negeri Kedah pula berjaya mempertahankan Kawasan ADUN Bukit Selambau dengan calonnya dari PKR iaitu Encik S.Manikumar. Beliau berjaya menumbangkan calon-calon dari pasukan pembangkang dan bebas. Kawasan yang mencipta sejarah kerana mempunyai calon-calon yang bertanding seramai 15 orang.



BN tidak pulang dengan tangan kosong kerana berjaya mengekalkan kawasan ADUN Batang Ai dengan calonnya iaitu Malcom Mussen Lamoh.

Tahniah kepada yang berjaya dan berharap mereka tidak menghampakan pengundi di kawasan masing-masing. Rajin-rajin lah menjenguk kawasan dan dengarlah masalah rakyat setempat. Kepada yang kalah..jangan putus asa....

4 comments:

  1. hehehe bn menang satu batang je? kesian...

    ReplyDelete
  2. Menang satu batang jadi gei le kot eh? wakaka!

    Menang buket ade le jugak tingginye.. ekekeke!

    Makkal sakhti!

    ReplyDelete
  3. pear....a'ah BN menang satu batang jer...orang bukit tak nak BN..hehehe

    Aidilangelo .... muakakakaka..lain macam jer bunyinyer..kekekeke

    ReplyDelete
  4. Internet ni kan tempat bebas.. slagi deme xbuleh nk cover up.. feel free to speak ur mind sis! ;)

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena