...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, June 04, 2009

Serangan Jantung / Heart Attack

Hari ini dan esok aku ada attend "Emergency Patient Care Training Programme". Session tadi aku di ajar macam mana nak buat CPR (Cardio-Pulmonary Resuscitation / Pemulihan Pernafasan dan Jantung) dan juga teknik-teknik untuk menolong orang yang tercekik. Di samping itu juga aku di ajar menggunakan alat-alat bantuan pernafasan yang lain. Last session tadi ada penerangan tentang serangan jantung.

Serangan jantung merupakan punca kematian secara mengejut yang tertinggi. Oleh yang demikian setiap orang mesti mempunyai pengetahuan tentang serangan jantung ini. Di bawah ini saya akan terangkan pengetahuan asas yang perlu anda tahu tentang serangan jantung.

Serangan Jantung Berlaku Apabila:-

1. Terdapat bahagian di dalam heart muscles yang telah mati.
2. Coronary arteries yang membekalkan darah ke heart muscles telah tersekat (proses ini dipanggil Atherosclerosis)


Faktor-Faktor / Risiko Untuk Mendapat Serangan Jantung

Faktor Yang Tidak Boleh Diubah:-

1. Lelaki
2. Umur
3. Keturunan

Faktor-Faktor Yang Boleh Diubah:-

1. Merokok
2. Tekanan Darah Tinggi
3. Kencing Manis
4. Kolesterol Tinggi
5. Obesiti / Kegemukan
6. Kurang Senaman

Cara-cara Pencegahan

1. Berhenti merokok
2. Kepada mereka yang telah disahkan menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi, pastikan anda membuat regular checkup dengan doktor dan sekiranya ubat perlu dimakan, ikut aturan yang telah doktor berikan.
3. Kurangkan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi seperti daging lembu, kambing dan kuning telur.
4. Perbanyakkan senaman, bersenam sekurang-kurangkan 3 kali seminggu.


Tanda-tanda Serangan Jantung

1. Sakit Dada (bahagian tengah dada dan biasanya dada akan rasa berat atau sempit)
2. Berpeluh
3. Loya dan/atau muntah
4. Sesak nafas


Tindakan Yang Perlu Di ambil Apabila Terdapat Tanda-tanda Serangan Jantung

1. Hentikan aktiviti dan minta pesakit duduk atau baring
2. Kalau rasa sakit melebihi 2 minit, call ambulan atau bawa pesakit terus ke hospital (Jangan bawa ke klinik kerana ada klinik tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi)
3. Jangan benarkan pesakit pergi sendiri ke hospital kerana bila-bila masa jantung pesakit boleh berhenti.

CARA HIDUP YANG SIHAT DAPAT MENGURANGKAN RISIKO SESEORANG ITU MENDAPAT SERANGAN JANTUNG.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena