...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, July 29, 2009

Aktiviti minggu 6/7/09 - 12/7/09 - Bowling & Movie

Lama juga aku tak update blog aku ni. Bukannya apa...tiada berkesempatan. Kononnya busy la. Apa yang disibukkan tak tahu la. Apa la yang berlaku dalam 3 minggu ni. 10/7/09 aku pergi training bowling di Cineileisure, Damansara. Agak jauh dari rumah aku tapi demi bowling punya pasal aku gagahkan jugak. Aku cuma sempat training 2 kali jer sebelum game iaitu pada 4/7 dan 10/7. 12/7 terus lawan. Wakil tempat aku kerja. Perempuannya 3 orang jer..9 orang lagi lelaki. Kawan-kawan aku yang lain tu semua pakai bola sendiri. Aku dan 2 orang lagi jer yang pakai houseball. Hentam saja lah. Main 3 games aku dah mengah, nampak sangatlah aku dah kekurangan tenaga, dah meningkat usia la katakan.

12/7/09 aku lawan la bowling, aku masuk trio, 2 lelaki dan sorang perempuan, Perempuan 3 orang jer, ada yang single (ni yg paling terror la main 6 games) dan lagi satu double (lelaki dan perempuan - 2nd terror la ni), so aku yang tak terror ni main la trio. Yang team lelaki ada lagi yang lain, aku tak ingat dah. First game memang teruk giler team aku...jatuhan pin pun lebih kurang jer. Aku nyer jatuhan pin pun 117( tak ingat..tapi yang pasti bawah 120..hahaha)..2nd game meningkat sikit..aku nyer jatuhan pin naik sikit dalam 130 lebih..team pun meningkat jugak...n 3rd game pun meningkat, jatuhan pin aku pun dalam 169...ok la sikit..punya la lama tak main...yang frust nyer aku lupa la nak ambik gambar..kat bawah ni..ada gambar bola bowling dgn medal yang pernah aku menang satu ketika dulu. Secara keseluruhan team aku jadi juara.


Lagi satu...masa main bowling tu aku tak berapa sihat sebenarnya. Hari sabtu tu kepala aku dah biul. Sebabnya masa aku berjalan, aku rasa badan aku tak seimbang...rasa macam bila2 boleh jatuh. Aku agak maybe darah tinggi aku dah naik. Aku makan lg ubat darah tinggi...aku terpaksa pegang dinding tuk berjalan sebab takut jatuh. Malam tu bertambah teruk...aku dah rasa takut yang amat..siap baca ayat-ayat untuk kurangkan darah tinggi (dari buku Harun Din) (dah sakit baru nak amalkan..mana la nak berkesannya)...aku baring jer...sebab takut...aku siap suruh husband aku bacakan ayat-ayat untuk kurangkan darah tinggi untuk aku...aku dah rasa semacam...macam "dah nak sampai" jer rasanya. Bangun dari tidur hari ahad tu...ingatkan dah ok...tak ok jugak lagi...aku dah risau..sbbnya dah orang untuk main bowling tak ada...last2 aku pergi jumpa doktor...aku check bp aku... 160/100 ... mmg tinggi daaa..walaupun aku dah makan ubat darah tinggi. doktor kasi ubat kurangkan rasa kepala berpusing tu...dalam kereta on way ke Cineleisure tu...aku pejam mata jer...aku satu ketika tu....aku pejam mata...tiba2 rasa macam terus gelap gelita...cepat2 aku buka mata...aku takut aku terus "tak dapat nak buka mata"...
menakutkan. Last2 aku gagahkan jugak pergi main bowling...walaupun kepala masih berpusing...tapi nasib baik tak ada apa2 berlaku. Lepas game bowling tu...husband aku ajak plak tengok Transformers...untuk memenuhi hajat anak aku tu...pergi la jugak...tak lama lepas tu...anak buah aku join aku jugak dengan pakwenyer. Habis jer movie tu kitaorg pergi makan di Kampung Baru (makan nasi lemak antarabangsa -- first time rasa..mcm biasa jer). Dalam tak sihat tu masih sempat merayap tu...

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena