...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, March 05, 2010

Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak


Tempat: Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak
Tarikh: 27/02/2010
Masa: 4.00pm - 6.30pm
Kaum Kerabat yg terlibat sama: Aku, hubby, my kids (Ali & Aya), mak lovely mum n Anak2 buah iaitu, Leeya, Wahidah & Atikah

Biasa la...ini salah satu aktiviti yang tidak di rancang. Tiba2 jer decide nak pergi ke sini. Mula2 tu ada yang mencadangkan untuk pergi ke Ulu Chepor tapi anak buah aku tak prefer tak pergi sana sebab air tak berapa cantik...Ulu Chepor tu dalam kawasan Chemor, Perak. Anak buah bagi suggestion ke Ulu Kenas. Diaorg kata dekat Manong, KK. Hubby aku ingatkan jauh...upa2nya tak la jauh sangat. Sebelum Manong lagi. Kawasan ni berhampiran dengan Kampung Ketior (ingat lagi tu.. hehehe). Kitaorg pergi dah petang...so x ada la ramai sangat. Ok la pergi tempat ni untuk bersantai2 dan sejuk2 kan badan. Lagi sekali aku dengan hubby tak join sekali mandi. So anak2 buah aku la yang jaga anak2 aku. Anak2 aku suka yang amat...siap cakap tu suruh datang lagi kat tempat tu. Cuma satu je la...anak2 buah aku kata tandas/tempat tukar baju tak berapa sedap untuk dipandang. Faham2 je la. Kat kawasan situ pun ada disediakan chalet dan terdapat juga tempat Kem Bina Semangat. Sesuai sangat tempat tu tuk pulihkan semangat semula .. :). Kat situ pun ada la kedai makan beberapa buah. Sape2 yang tak bawak bekal tu boleh la isi2kan perut skit kt situ.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena