...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, May 17, 2010

Selamat Menyambut Hari Guru

Selamat Menyambut Hari Guru pada 16/5/2010 kepada semua guru-guru yang melawat blog saya ni..Semoga cikgu-cikgu lebih bersemangat dalam memberi ilmu kepada anak bangsa....Jasa mu semua akan tetap di kenang sampai bila-bila...tiada kalian tiada lah lahirnya pemimpin-pemimpin negara...semoga cikgu-cikgu semua terus tabah dan sabar dalam melayani kerenah anak-anak murid ... bukan senang untuk menjadi cikgu...pelbagai cabaran harus di harungi...di tambah pula pada zaman sekarang...bukan sahaja nak melayani kerenah anak murid...tetapi juga kerenah ibu-bapa...silap-silap gaya boleh kena saman...tak pun kena serang di sekolah..jangan lah cikgu-cikgu semua berputus asa...inilah cabaran yang harus di harungi...

Masa sekolah dulu...cikgu Kamaruzzaman (KZ) memang tak boleh aku lupa...sebabnya masa form 4 ngan form kena berdiri atas kerusi...nasib baik aku tak kena atas meja...yang kena tu nasib la...duduk bawah meja pun aku pernah kena....hehehe...tak leh lupa...sekali tak dapat jawab berdiri..kali kedua tak dapat jawab berdiri atas kerusi...kali ketiga...atas meja...kali ke empat duduk la bawah meja...kalau tak muat kat meja sendiri...duduk bawah meja cikgu...hehehe...apa-apa pun aku amat berterima kasih kepada cikgu KZ kerana berjaya mendidik aku dan rakan-rakan semua dan dengan hukuman tu lah peratusan tuk subjek tu...tinggi...

CIKGU...TERIMA KASIH DI ATAS JASA-JASA MU

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena