...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, December 04, 2010

Ulasan The Social Network

Tadi baru lepas tengok movie "The Social Network" di GSC Alamanda. Movie start dalam pukul 10 malam, aku n hubby duduk di bahagian depan sekali...itu sahaja tempat yang available..yang lain dah penuh...nak tak nak...terpaksa la ambik jugak...sbb nak tengok sangat...takkan nak ambik tiket tuk pukul 12.30am...malas la aku...


Movie ini berkisar tentang sejarah penubuhan Facebook. Bermula dengan Mark yang ditinggalkan Erica, gf dia...akibat marah dengan tindakan Erica, Mark telah menggodam pangkalan data yang mengandungi gambar pelajar-pelajar perempuan dan membina laman web "Facemach" yang mana pelajar-pelajar lelaki boleh memilih pelajar perempuan yang lebih menarik. Dalam masa 2 jam sahaja, laman web tersebut telah berjaya mendapat 22,ooo hits yang mana ianya telah mengakibatkan kesesakan kepada network dan sekaligus telah mengakibatkan network crashed. Mark telah dikenakan tindakan disiplin.

Tindakan Mark ini telah menarik perhatian sepasang pasangan kembar iaitu cameron dan tyler. Cameron, Tyler dan Divya telah bertemu dengan Mark dan mengajak Mark bersama-sama dengan mereka untuk membuat HarvardConnection di mana pelajar2 Harvard boleh berhubung di antara satu sama lain. Mark bersetuju dan telah memulakan projek tersebut. Setelah siap Mark memberitahu rakan baik beliau iaitu Eduardo tentang projek beliau yang dipanggil The Facebook. Eduardo bersetuju untuk membantu Mark dan Mark telah menggunakan Eduardo yang merupakan ahli kepada kelab elit di Harvard untuk menyebarkan tentang kewujudan The Facebook.


Apabila menyedari kewujudan The Facebook, pasangan kembar dan partner mereka merasakan Mark telah mencuri idea mereka dan ingin menyaman Mark, namun demikian Tyler tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. The Facebook telah menjadi popular, pertemuan dengan bekas teman wanita Mark telah menyebabkan Mark membuat keputusan untuk mengembangkan The Facebook. Eduardo merasakan inilah peluang mereka untuk membuat duit dengan pengiklanan namun Mark tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Kewujudan The Facebook telah menarik perhatian Sean Parker iaitu pengasas Napster dan pertemuan telah diaturkan. Eduardo tidak menggemari Sean, namun sebaliknya berlaku kepada Mark di mana Mark mengagumi Sean dan menyetujui cadangan Sean untuk menggunakan Facebook sahaja instead of using The Facebook. Mark mengikut cadangan Sean untuk berpindah ke Palo Alto manakala Eduardo masih di New York mencari pengiklan. Apabila Eduardo pergi ke Palo Alto, beliau terkejut kerana Sean menjadi decision maker untuk Facebook. Eduardo kecewa dan pulang ke New York dan beliau telah membekukan account Facebook. Mark menghubungi Eduardo untuk menarik balik pembekuan tersebut dan memberitahu yang Facebook telah berjaya untuk mendapatkan pelabur melalui Sean.



Sean telah pergi semua ke Palo Alto dan menemui Pelabur tersebut, penipuan telah berlaku di mana peratus share Eduardo telah berubah dan tidak seperti yang dijanjikan. Ini telah menyebabkan Eduardo marah dan membuat keputusan untuk menyaman Facebook. Mark merasa kecewa namun demikian beliau tidak boleh membuat apa2. Sean telah ditangkap polis kerana dadah di mana ketika mereka sedang berparti menyambut member Facebook ke 1 million.

Mark telah di saman oleh Eduardo dan juga Cameron & Tyler. Di akhir cerita, Mark hantar request untuk add Erica as a friend and keeping refreshing the page.

Overall, cerita ini memang interesting akan tetapi ianya akan menimbulkan rasa boring kepada penonton-penonton yang tidak pernah tahu apa itu facebook (jangan fikir semua tahu pasal facebook)...cerita yang agak berat...sebab kena berfikir sikit....cerita yang banyak cakap sahaja...action kurang....lagi satu...jalan cerita berselang seli dengan "flashback" Coding tidak di tunjukkan sangat, cuma bagaimana idea2 untuk di masukkan relationship status dan wall ada ditunjukkan. Apa2 pun aku suka sangat tengok cerita ni.

Selepas habis movie, aku terus balik umah tapi sebelum balik, lepak McD sekejap pekena air panas dan kentang goreng + apple pie...yummiiiieee

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena