...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Sunday, March 20, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Genre: Aksi/Epik
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Pelakon: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera,
Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam



Tadi baru berpeluang menonton Hikayat Merong Mahawangsa yang bermodal RM8 juta. Tahniah kepada KRU kerana berjaya menghasilkan filem yang agak setanding dengan filem Hollywood walaupun masih tidak setanding sepenuhnya. Pemilihan Stephen Rahman-Hughes sebagai Hero dalam filem ini amat bersesuaian atas faktor-faktor tarikan penonton untuk menonton. Muka hensem :)..biasala .. hero mesti la hensem dan badan sasa :).



Pemilihan pelakon rasanya amat bersesuaian dengan watak...cuma rambut Rahim Razali macam pelik...tak berapa sesuai. Bahasa Melayu yang digunakan pun macam tak berapa sesuai...sebabnya ada ketika menggunakan bahasa baku...ada ketikanya menggunakan bahasa melayu yang kita gunakan sekarang terutamanya untuk watak Rahim Razali dan W.Hanafi Su. Watak Khir Rahman memang nampak jahatnya dan bernafsu jer :). Tapi macam mudah sangat Puteri Cina merampas kalung tu. watak-watak lain pun hebat...cuma masa menonton tadi...terpandang Jehan Miskin....ooo Jehan Miskin pun berlakon...tapi watak ni tak berkembang...dialog pun tak ada...sekadar berlawan jer.. Watak Embok pun macam tidak begitu kuat...masa mula-mula tu tak faham kenapa tiba2 Embok marah...takkan sebab Merong orang luar terus marah macam tu...hehehehe



Masa kapal Merong datang untuk menyerang pusat Geruda...nampak macam tak ramai bala tenteranya...setiap satu sampan ada 2 orang....masa berlawan di darat tu memang nampak ramai la...badan-badan orang yang melawan ..ramai yg kurus kering...nampak tulang...hehehe...maybe sebab penduduk kampung yang berlawan kut...tapi rasanya lebih menarik sekiranya bahasa yang digunakan lebih puitis dan menggunakan bahasa baku sepenuhnya.

Pengakhiran macam tak berapa bess..kenapa bila bala tentera Rom datang terus nak menyerah...sat2 tu Merong kena tikam...last..Embok pulak mengandungkan anak Merong...Apa-apa pun tahniah kepada Yusri dan krew yang terlibat kerana berani dalam menghasilkan filem sebegini.


sampai masa tibanya waktu
redup hati kamu berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama

2 comments:

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena