...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, February 21, 2012

Kem Masa Cuti Sekolah - Kem Tahsin

Cuti Sekolah penggal pertama tak lama je lagi...10 Mac - 18 Mac 2012. Bila cuti sekolah je...Ustaz Ali Zafran memang teruja..sebabnya boleh main games ...so nak elakkan daripada main games jer...aku nak hantar Ustaz Ali Zafran ni ke Kem. Sebenarnya sejak tahun lepas aku nak hantar ke Kem ni...tapi tak sempat..sekejap je dah penuh..nama kem ni Kem Tahsin...aku tak pernah hantar Ali ke kem ni...ni kali pertama..so tak tau nak bagi komen apa lagi. Kem ni dianjurkan oleh Pusat Pendidikan AlBarakah, Majoi Perak, ianya dimiliki oleh Ustaz Kazim..aku suka jugak dengar ceramah Ustaz Kazim ni sebab tak ada unsur-unsur politik dan kelakar.

Sape-sape yang nak tau lebih lanjut tentang kem ni boleh klik di sini. Pendaftaran rasanya masih dibuka dan sape yang berminat boleh la hubungi diaorg di sini. Tarikh dalam tu bukan 2013 tapi 2012. Yurannya pula sebanyak RM350 untuk seminggu. Aku rasa agak berpatutan berbanding dengan kem-kem lain yang aku survey sebelum ni.

Bila bagitau kat Ustaz Ali Zafran...dia macam berminat dan teruja tapi ada syarat...nak kem dalam bandar...sabar je la...asalkan dia berminat nak pergi...ok la tu..dengan harapan dia mendapat manfaat hasil dari kem tersebut. InsyaAllah.

Aku saja je panggil nama anak aku dengan Ustaz...hehehe...mana tau masin panggilan aku tu...jadi Ustaz anak aku...hehehe...alhamdullillah...kalau jadi Alim Ulama lagi la bersyukur...Amin

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena