...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, March 22, 2012

Ambil Ali dari Kem Tahsin

Apa cerita Ali balik dari Kem Tahsin??? Hari Sabtu lepas (17 Mac), aku pergi la ambil Ali bersama-sama dengan mak aku dan mak mertua. Masa sampai tu peserta kem ni sedang bernasyid..ada la acara penutup, ketua program ada menyampaikan ucapan. Ketua program ni ada la share apa yang berlaku dalam kem…yang bawak rokok pun ada ..so mak ayah peserta yang terlibat kena la jumpa ketua program … bagi nasihat je la kut…yang terberak dalam seluar pun ada…ini mesti peserta yang bawah 12 tahun…terkucil pun ada..peserta2 ni jugak di bawak ke Ulu Chepor..ada resort di situ…tidur semalam je la kut di situ..semua sekali peserta ada dalam 80 lebih (kalau untuk kem selama 2/3 minggu lagi ramai)..dari seluruh Negara..dari Terengganu ada, penang, langkawi, Selangor ....Singapore dan Sweden pun ada. Lepas habis acara tu ..ada la di pamerkan gambar2 masa dalam kem…kalau berminat boleh la beli..pastu ada makan2…lepas tu baru la pergi ambil beg Ali di asrama…terus la balik…
Ustaz Kazim
Dalam perjalanan balik tu…aku sakit perut la plak…hampess tul…dah naik bulu roma…hehehe…bagai nak rak menahan…x tahan sangat..last2 singgah di umah kakak aku…nasib baik kakak aku ada rumah…berlari ler teman…hehehehe. Ali punya la letih…dalam kereta dah tidur…gerak nak masuk dalam rumah pun..bukan main susah…sangguh berpeluh2 dalam kereta…last2 berjaya jugak suruh dia masuk dalam rumah akak aku…itu pun sampai depan pintu rumah jer…terus rebah…tidur…tidur..tidur..kejut balik rumah kampung pun tak bergerak…kitaorg tinggalkan dia kat situ…malam nanti kitaorg datang la ambik dia.
Ustaz Kazim 
Kul 7 petang call la kakak aku…nak tanya Ali dah bangun ke belum…kakak aku kata…tak sedar langsung…tempat yang sama..cara tidur yang sama…tak bergerak..kul 8 lebih aku g la umah kakak aku…nak ambik Ali…sampai sana…sama jugak…masih tidur..tak bergerak siap berdengkur…sah la letih yang amat. Aku gerakkan jugak…siap taruk air kat muka…sama je..dalam pukul 10 lebih baru la berjaya menggerakkan dia…bangun tidur mengadu lapar…mana tak lapar..lunch pun tak…terus tidur sampai malam…
Ustaz Kazim

Bila tanya dia…seronok ke tak…dia kata seronok…nanti nak pergi lagi….ooooooo…seronokkkkk..ye la..kawan-kawan ramai…macam-macam la dia citer. Setakat ni yang aku perasan ada improvement dari segi cara dia mengambil air sembahyang dan juga cara sembahyang (kemas sikit la compare dari dulu). Bab2 disiplin diri tu masih sama je…bangun pagi…aku masih jadi tarzan..setakat 2/3 hari ni la..nak tengok la dalam seminggu ni camne…dia pun suka dengar ceramah2 Ustaz Kazim.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena