...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, August 09, 2012

Pandelela Rinong Mara ke Semi Final Olimpik London 2012


Pandelela Rinong telah berjaya menempah tiket ke Semi Final bagi acara Women's 10m Platform di Olimpik London 2012. Lebih menggembirakan apabila Pandelela berjaya meraih tempat ke 2 semasa peringkat saringan tersebut di belakang peserta China. Pandelela mendapat keseluruhan markah sebanyak 349.00. 

PAMG Pandelela Rinong  
Pandalela Rinong

Seorang lagi peserta negara iaitu Traisy Vivien gagal meneruskan kemaraan apabila sekadar meraih tempat ke 22 daripada 26 peserta dengan pungutan markah 285.00. Kejayaaan Pandelela ini memberi harapan kepada negara kita untuk meraih pingat dalam acara tersebut. Diharapkan Pandelela dapat meneruskan rentak yang dipamerkan semasa saringan tersebut.


TUKIET Traisy Vivien  
Traisy Vivien 

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena