...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, March 18, 2013

Program Saringan Kesihatan Perkeso

Minggu lepas dah terima voucher untuk Program Saringan Kesihatan PERKESO, Voucher ni ada 2 keping, 1 untuk saringan biasa dan lagi satu untuk MAMOGRAM. Kalau lelaki akan terima sekeping jer. Untuk makluman semua voucher ini hanya diberi kepada pekerja yang masih bekerja dan menyumbang kepada SOCSO (tiap-tiap bulan ada tolak SOCSO) dan berumur 40 ke atas (Nampak sangat aku dah masuk 40an...tapi x masuk lg ni.. :)). Apa yang akan di check? Ikut dalam website Perkeso untuk, diaorg akan screen Non Communicable Disease (kawan kita PinkyCat mesti tau benda alah ni) seperti cardiovasculas diseases, diabetes dan cancer.

Voucher Health Screening PERKESO

Kalau korang nak tengok klinik panel yang berdekatan dengan rumah anda semua, boleh semak di sini

Kepada kawan-kawan semua, jangan tunggu dapat voucher baru nak check, especially perempuan, bila dah kahwin kena la buat papsmear. Jangan malu-malu, kita kena jaga badan kita sendiri, tak boleh harap orang lain untuk jaga diri kita dan remind kita untuk buat medical checkup.Bila dah 30an ke atas tu, selalu2 la check darah n buat urine test, lagi bagus kalau dapat buat full health screening, kena la keluar belanja sikit...yang penting badan kita sihat.

5 comments:

  1. Betul tu Cik Bedah..
    lagi2 zaman skrg ni makanan adalah penyebab utama penyakit.. chayokk :)

    ReplyDelete
  2. masuk umur 40an..memang akan dapat ke?

    ReplyDelete
  3. bagus sagt ni,,, cepat2lah buat ujiannyer

    ReplyDelete
  4. Zaza - aah makanan penyumbang utama penyakit...jadi moralnya tak yah la makan... hehehe

    erranis -> cuba kecikkan sikit 40 tu...hahahaha...aah akan dapat tp yg ada sumbang ke socso la...

    KA -> tak buat lg ni..heheh..nk g ngan hubby sekali..

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi buat mamogram... nak buat tapi takut... huhu

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena