...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, April 04, 2013

Kebaikan dan Keburukan Teknologi

Apa itu teknologi? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, teknologi merujuk kepada:-


1.   Aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan lain-lain.

2.   Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masyarakat ~ tinggi.

Kebaikan Teknologi:-

1.       Memudahkan Kerja Seharian

Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja di rumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurang-kurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para suri rumah tidak perlu lagi membasuh kain dengan menggunakan tangan. Teknologi bukan sahaja telah membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah malah di pejabat juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen .  Disamping itu penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika terdapat sebarang kesilapan.

2.       Menjimatkan Masa

Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan pesat teknologi pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk pergi dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan duit kerana penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu.  Teknologi juga telah banyak membantu petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah. Jika dahulu tanah dibajak dengan menggunakan cangkul dan bajak besi, ianya memerlukan banyak tenaga manusia dan memakan masa yang lama. Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa para petani.

3.       Kemudahan komunikasi

Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka.

4.       Teknologi perubatan membantu mengawal/mengubat penyakit

Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup.  Begitu juga dengan penggunaan kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetengah pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga telah membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi ini telah banyak membantu pengamal perubatan.

5.       Meningkatkan pengeluaran

Teknologi telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan pengeluaran.  Penggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga buruh, contohnya penggunaan mesin dalam penyediaan makanan, pembuatan kereta dan sebagainya. Penggunaan mesian dan peralatan ini mampu mengurangkan kebarangkalian dalam kerosakan sesuatu produk yang dihasilkan.

Keburukan Teknologi:-

1.       Jenayah

Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam , pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung.  Kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah. 

2.       Kurang Pergaulan

Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi juga boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat komukasi masing-masing.  Inilah yang berlaku pada masa kini.
  
3.       Mengancam Nyawa Manusia

Teknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia, di samping kebaikan, ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia.  Tragedi di Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara tragedi nuklear yang paling teruk berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak yang buruk kepada manusia di mana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.

4.       Menjejaskan kesihatan

Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan. Pernahkah kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat untuk dimakan? Apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan lama? Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik da  asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu juga, kenderaan yang terlampau banyak di kota raya juga  boleh menjejaskan kesihatan manusia akibat daripada pelepasan asap dari kenderaan.



29 comments:

  1. n0e.. malasnya nak baca... hehe..

    ReplyDelete
  2. yes.. ada positif ada negatif.. moga2 yg positif lg banyak dr negatifnya yer.. guna utk kebaikan sebagusnya.. :)

    ReplyDelete
  3. MFM -> noe pun jenis malas baca bab2 ni gak..hehhehe

    Yana -> ya yana...moga kita guna lebih kepada positif

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:29 AM

    tq share this yer , gd info

    ReplyDelete
  5. teknologi ni semua dh jadi macam keperluan dlm kehidupan harian kita.yg paling penting ken bijak gunakan teknologi.apa benda pun ada pro kontra..pandai2lah kite..:)

    ReplyDelete
  6. makin maju..makin teruk rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:36 PM

      This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  7. Anonymous10:21 PM

    Thanks for info . Dapat bantu untuk cari isi karangan :D

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:14 AM

    terima kasih

    ReplyDelete
  9. Anonymous2:28 PM

    THANKS UNTUK INFO....DAPAT BUAT KARANGAN PASAL TEKNOLOGI... :)

    ReplyDelete
  10. npe tak leh copy nih boss ???😞😆😐😔😢😣😡😞😞😞😞😞😞😞😞😞

    ReplyDelete
  11. tq very much.......!!!!

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:15 PM

    Terima kasih
    #smkdse

    ReplyDelete
  13. ya ia memang ada kebaikan dan keburukan

    ReplyDelete
  14. Anonymous9:07 PM

    knp x leh nk copy nihhhh???

    ReplyDelete
  15. Anonymous4:25 AM

    Wish me luck for trial :)

    ReplyDelete
  16. Anonymous8:45 PM

    Waaahh.. terima kasih banyak-banyak untuk info ni! Susah nah cari blog bahasa Malaysia yang bercakap tentang hal-hal macam ni, kebanyakkannya blog-blog dari Indonesia yang banyak.. \(≧▽≦)/

    ReplyDelete
  17. Anonymous4:39 AM

    terima kasih info yg mntap....tpi bolehh tak nak copy....hehehe

    ReplyDelete
  18. annoying gila aq nk bt keja skolh x kn kna salin byk2 nie copy can senang bleh ja mmbntu para plajar mcm aq nie... apa pun thanks yaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  19. Anonymous5:42 PM

    NICE !!! Thanks bro!!

    ReplyDelete
  20. dah cun dah tp takleh copy :(

    ReplyDelete
  21. Anonymous10:28 PM

    bagus

    ReplyDelete
  22. Tq....dpt cari maklumat utk berdebat....

    ReplyDelete
  23. ini boleh digunakan untuk sains dan teknologi juga kan?

    ReplyDelete
  24. Anonymous10:22 AM

    Awesome! Its actually awesome post, I have got much clear idea regarding from
    this post.

    ReplyDelete
  25. Take de versi karangan?

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena