...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, June 17, 2013

Zulfahmi Khairudin Moto3 - Grand Prix de Catalunya, Barcelona

Pada perlumbaan Moto3, Grand Prix de Catalunya, Barcelona, pelumba tuan rumah nampaknya menguasai 5 tempat teratas yang mana ianya didahului oleh Luis Salon, Alex Rins dan Maverick Vinales.

Pada perlumbaan kali ini, Zulfahmi Khairudin sekadar menduduki tempat ke 9 dan berjaya mendapat 7 mata. Beliau bermula pada petak ke 16. Setakat ini Zulfahmi berjaya mengumpul mata sebanyak 40 mata untuk mendapat tempat ke 7 bagi keseluruhan pelumba Moto3.

Barcelona, Sunday, June 16, 2013
Pos.PointsNum.RiderNationTeamBikeKm/hTime/Gap
12539Luis SALOMSPARed Bull KTM AjoKTM151.241'15.331
22042Alex RINSSPAEstrella Galicia 0,0KTM151.2+0.211
31625Maverick VIÑALESSPATeam CalvoKTM151.2+0.634
41312Alex MARQUEZSPAEstrella Galicia 0,0KTM151.0+3.993
5117Efren VAZQUEZSPAMahindra RacingMahindra150.8+6.243
61044Miguel OLIVEIRAPORMahindra RacingMahindra150.6+9.295
798Jack MILLERAUSCaretta Technology - RTGFTR Honda150.4+13.164
8810Alexis MASBOUFRAOngetta-RivacoldFTR Honda149.9+21.174
9763Zulfahmi KHAIRUDDINMALRed Bull KTM AjoKTM149.9+21.240
10661Arthur SISSISAUSRed Bull KTM AjoKTM149.9+21.598

Moto3 World Standing 2013

Pos.RiderBikeNationPoints
1Luis SALOMKTMSPA127
2Maverick VIÑALESKTMSPA122
3Alex RINSKTMSPA101
4Jonas FOLGERKalex KTMGER63
5Alex MARQUEZKTMSPA48
6Miguel OLIVEIRAMahindraPOR43
7Zulfahmi KHAIRUDDINKTMMAL40

Pada Circuit yang sama, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang mendapat wild card untuk perlumbaan di sini, berjaya menduduki tempat ke 18. 2 tempat teratas Moto2 telah dimenangi pelumba tuan rumah iaitu Pol Espargaro dan Esteve Rabat, manakala pelumba dari Switzeland Thomas Luthi menjaya mendapat tempat ke 3.

Bagi Motogp, pelumba tuan rumah menyapu bersih tempat teratas, tempat pertama Jorge Lorenzo, diikuti Dani Pedrosa dan Marc Marquez. 

21 comments:

  1. Rajin juga Noe mengikuti ye. Kakak tak tahu pun hal-hal ni tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin la jugak tengok...hehehe..

      Delete
  2. Zulfahmi Khairudin belum ada rezeki nak menang kot..insyaAllah lain kali usaha lagi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tahun ni mcm x cukup power jer..

      tima kasih singgah atie..

      Delete
  3. Zul kena bangkit cepat lepas ni sbb jurang dia dgn team mate dia jauh sangat. Mengguna moto yg setting sama. Tp klu result dia jauh meaning riding zul blh d ragui.
    Tngk motogp mlm td, dani dgn marc rapat jer. Tp lorenzo ngan rossi jauh juga tp tk la sejauh luis ngan zul. Apepun congrat kt zul. Yg pnting dpt tmbah pungutan point

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo team yg sama ..setting sama yer...camne ngan engineer yg maintain motor diaorg...engineer yg sama atau lain?? mmg jauh salom ngan zul...tp itu hari pun nampak zul mcm tak cukup push jer....ke skill dia masih kurang atau x cukup berani?? .. tengok dani ngan marc mmg bess..

      Delete
  4. hebat juga pelumba negara kita ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tihara...peringkat dunia tu..

      Delete
  5. moga terus sukses yer dier

    ReplyDelete
  6. minat gak kat moto gp yer . hope pelumba negara trus upgrade rekodnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah minat jugak..yup..harap2 dia leh perbaiki kedudukan..

      Delete
  7. makin meningkat naik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 meningkat dan terus meningkat..

      Delete
  8. Noe ni memang minat sukan orangnya kan...... Hari tu pasal bolasepak...hehe memang sah-sah minat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mmg minat pun sukan2 ni...

      Delete
  9. hai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah...nanti saya singgah sana..

      Delete
  10. noe ni macam peminat zulfahmi je.betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh...dia cute la..

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena