...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, July 25, 2013

Alvin dan Vivian Dibenar Ikat Jamin

Siapa yang tidak kenal Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling? Pasangan yang mencetuskan kontroversi dan mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini dengan memuat turun gambar yang secara tak langsung telah menghina Islam. 

Minggu lepas Hakim Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin dan telah ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang. Permohonan semakan semula telah didengar di Mahkamah Tinggi hari ini dan Hakim telah membenarkan Alvin dan Vivian diikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin. 


Pasti ramai yang ingin mendengar hukuman yang akan dikenakan kepada pasangan ini. Nampaknya makin ramai yang berani bermain dengan isu-isu sensitif seperti agama dan kaum. Kononnya sekadar suka-suka? 

Suka-suka kah kalau ianya menyakitkan hati orang lain dan boleh mencetuskan kemarahan masyarakat? 

Tidak cukup ilmu kah ... sampai tak boleh nak berfikir kesan atas tindakan yang dilakukan? 

Perlu kah untuk mendapat PHD baru boleh membezakan mana baik dan buruk? 

Yang pastinya semua perkara buruk yang mereka lakukan pasti akan ada yang menyokong.....nak cepat popular bukannya susah...buat lah perkara seperti Alvin dan Vivian ni....tak mustahil mereka ini akan jadi calon wakil rakyat suatu hari nanti. 

Kepada mereka-mereka di luar sana:-

Tidak cukup bahagiakah hidup di negara yang aman damai ini? 
Teringin sangat kah melihat negara kucar kacir? 
Adakah mereka ingin mencari pengalaman hidup dalam rasa takut sepanjang masa?

Inilah kebebasan bersuara yang diagungkan..fikir-fikirkan lah..

14 comments:

  1. dah keluar penjara dia ni yee..
    semalam baca kat surat kabar..mak diarang ni punya la risau anak dia ada dlm penjara sebab takut dan risau bila anaknya berada dlm penjara...akan berlaku perkara yg tak ingini berlaku kat anak dia ni...

    ReplyDelete
  2. sensitiviti rakyat msia skrg sangat tinggi.. so jgn lah di perkotak katik kan..
    silap2 buruk padahnya.. kannn cik Bedahh hehe

    ReplyDelete
  3. This guys ni saje je nak buat publisiti murahan noe..dia excited kalu orang bagi perhatian kat dia..patutnya bagi lama sikit kat penjara..tapi dalam law kita tak boleh..even tahan dia dilokap tanpa di jamin pun nanti mesti jadi isu..sebab kes ssebelum ni tak macam tu..

    ReplyDelete
  4. disebabkan kebebasan bersuaralah...mcm2 hal sekarang ni berlaku..suka2 hati nak menghina agama orang...

    ReplyDelete
  5. Salam noe,
    Satu pngajaran utk orang islam juga. Kite sesama kita pun sering kutuk mngutuk dn mngecilkan tahap keugamaan sesama kita. Klu kita sesama islam tidak mnjaga dan mnghormati sesama sendiri, org bukan cume tmbah petrol sket bg api tu marak
    Apapun, biar hukuman depa tu. Setimpal dgn prbuatan depa tuh

    ReplyDelete
  6. rasa2 mcm dah buat reply ktN3 ni .
    tp tk nampak di kluarkan ..
    atau memang aby belum buat reply tu lg ..
    ingat2 lupa plak ramadan ni
    hu..hu..

    ReplyDelete
  7. yg bagusnya kalau tak boleh jamin sampai kes selesai. Tapi apa2 pun memang patut dia org rasa macam mana perasaan tidur dalam penjara walau hanya utk 2-3 hari. Nak glamour sangat sampai tak tahu hormat agama orang

    ReplyDelete
  8. byk plak tu duit utk ikt jamin..mmg mengundang marah betul pasangan ni.huhu

    ReplyDelete
  9. Saya dok baca jer nama depa ni, tapi terlepas cerita. Sebenarnya depa ni buat apa kat FB?

    ReplyDelete
  10. kalu x serik2 juga x taulah kan !

    ReplyDelete
  11. Salam 23 Ramadhan Noe...nanti janagn lupa singgah Blog Santai ya..ada surprise...

    ReplyDelete
  12. huhuhuhu....mcm ade personaliti trait je...diorg nak glemer kot...tp tak kena pada tempatnye...

    ReplyDelete
  13. slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena