...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, July 04, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Mesti ramai yang mengikuti drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Jangan lupa semua, malam esok Episod Akhir...mesti tak sabar-sabar nak tahu kesudahan cerita ini.

Drama SSID

Kepada mereka yang tidak mengikuti drama ini, ianya merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel karya Zura Asyfar. Izzue Islam adalah hero dalam drama ini...ramai yang sudah menggilai pelakon ni (tapi malangnya dah kahwin yer...)..termasuk lah isteri-isteri orang (tak termasuk aku..hehehehe..Abg Rosyam tetap di hati..hahaha) manakala Tiz Zaqyah pula menjadi heroin. Kalau yang dah ketinggalan keretapi tu..boleh jugak tengok di TONTON (tapi tadi dalam penyelenggaraan...sesak wehh)


Novel SSID
Novel SSID

Sinopsis (Yang dipetik dari MPH..sape2 nak beli online kat MPH pun boleh...klik kat gambar atas tu)
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

21 comments:

  1. tgk x tekun, asyik lupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sibuk buat benda lain...tu yg x tekun..

      Delete
  2. alaaa tak pernah ikut cerita ni.. lepas ni boleh lah tengok kat tonton ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan je kt tonton..kita mak2 budak ni mmg la byk benda lain nk buat

      Delete
  3. malam esok last kan kak. jgn lupa tgk..

    ReplyDelete
  4. cerita ni knor tgok...kdag2 mis juga..senang sgt faham cerita melayu ni..

    tak tgok pun tak pe..tgok last2 je..he~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la hepi ending Knor..biasa dlm novel mcm tu gak..

      Delete
  5. Ada tngok la sesekali, tk brapa ikut sngat

    ReplyDelete
    Replies
    1. org lelaki jarang suka citer camni..

      Delete
  6. Biasa kalau cerita dari novel di jadikan drama memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah macam ombak rindu ngan adam & hawa..

      Delete
  7. tengok jugak cerita ni. tapi, tak ikut tiap2 minggu.. ada je yang terlepas..

    ReplyDelete
  8. kita minat tau citer nih.. aduhai.. sungguh menyentuh jiwa ok.. kahkah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...kita layan malam ni..

      Delete
  9. eh yeke tak boleh nak masuk blog Ros? kenapa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la ros...dua tiga hari ni mmg prob..blog lain pun sama

      Delete
  10. Tak ikut cerita ni Noe ...tengok...menyambil nyambil je

    ReplyDelete
    Replies
    1. x per OKje...dah nak abis pun...mlm ni last nya..

      Delete
  11. ohh satu episod pun tak tok..sebenarnyaminat ga tiz..tp sy skang tgh fenomena malas tgok tv.hehe

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena