...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, October 25, 2013

Amuk: 2 Maut 2 Parah Ditikam Seorang Lelaki

Assalamualaikum

Foto





Kelmarin gempar dengan cerita pegawai bank ditembak pengawal keselamatan...semalam pula gempar dengan cerita amuk...kali ini 2 nyawa melayang dan 2 lagi cedera parah. 

Kejadian berlaku di Stesen LRT Gombak dan Melawati, kira-kira pukul 11.20 pagi. Suspek merupakan seorang pemandu van syarikat pembekal rokok, Zamri Yusuf, 26 dikatakan penganut ajaran sesat dan mengaku sebagai sebagai Utusan Nabi Muhammad. 

Kejadian Pertama - Suspek menikam Lau Siew Ling, 47 dan Suliani Johari, 31 iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit di Stesen LRT Taman Gombak.

Kejadian Kedua - Suspek ke Stesen LRT Taman Melati lalu mengejar seorang lelaki, Lee Kah Ghee, 48 dan menikam mangsa sampai mati

Kejadian Ketiga - Di Jalan Tumbuhan, 200 meter dari Stesen LRT Taman Melati, suspek melanggar kereta milik Kwan Chun Thai, seorang pelajar kolej swasta, ketika mangsa turun untuk melihat kereta milik mangsa, suspek telah menikam mangsa hingga mati. Disini suspek telah ditangkap oleh orang ramai.

Takziah kepada keluarga mangsa.


11 comments:

  1. macam² skrg ni menakutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..makin menjadi2..

      Delete
  2. Takutnya Noe....tak semena mena ...... nak kata tak waras mcm waras jekan...boleh bawak van bagai tu....

    ReplyDelete
  3. Takut sangat bila terbaca kisah2 ni smlm.. YA Allah..mcm2 skrg ni...
    moga Allah melindungi kita semua..amin!

    ReplyDelete
  4. Ni la yg akan brlaku bila diri d kuasai syaitan

    ReplyDelete
  5. bawa kereta sorang2 ni seramlah plk..benda yg tak di jangkakan..mmg akak fobia dgn org pelik2 ni..berserabai sikit..dh takut..

    ReplyDelete
  6. Bila iman yg senipis kulit bawang tidak dibajai tidak hairanlah syaitan mudah menguasai diri. Dah tiba masa undang-undang Islam dilaksanakan macam di Brunei yg dah mula nak aplikasikan dalam negara meraka, negara kita bilalah agaknya ye..

    ReplyDelete
  7. sokong sangat kata kakzakie tu.....nampak gayanya malaysia pun layak buat hukum hudud jenayah semakin bermaharajalela sekarang nie.....

    ReplyDelete
  8. Too much for Malaysian kan Noe...mengerikan..

    ReplyDelete
  9. makin menjadi2 kes bunuh ni. bulan ni paling takut dengan kes bunuh kat public siang hari

    ReplyDelete
  10. makin hari, macam macam yang berlaku. mintak dijauhkan..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena