...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, October 24, 2013

Pegawai Bank Di Tembak Pengawal Keselamatan

Seorang Pegawai Operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37 maut setelah ditembak dikepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bank yang sama di Jalan USJ Sentral 2 disini petang semalam. Pengawal keselamatan tersebut bersenjatakan pump gun telah menembak mangsa dari jarak dekat dan mengenai muka mangsa dan mangsa maut ditempat kejadian.


Mangsa Bersama Keluarga
Mangsa bersama rakan sekerja

Mangsa dikatakan sedang membuka peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka. Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama sejumlah wang yang belum pasti jumlahnya.

Suspek dikenal pasti sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah. Pihak polis masih berusaha untuk mengesan suspek dan suspek dikatakan masih bersenjata dan orang ramai diminta berhati-hati  dan segera memberi maklumat kepada pihak polis sekiranya bertemu dengan lelaki terbabit.


Suspek
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah ini. Alfatihah..

18 comments:

  1. Harapkan pagar, pagar makan padi bahkan jadi pemusnah pulak. Sedihnya pada keluarga mereka kan.. Pengawal itu gila ke apa ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu kakzakie..ingatkan dia yg akan protect...upanya dia yg jadi tukang rompak...dah ilang akal tengok duit agaknya

      Delete
  2. Siannya. Makin menjadi-jadi kes tembak menembak sekarang ni kan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..upah murah...senjata senang nk dapat skang ni...

      Delete
  3. terdesk sgtlah tu hingga sanggup tembak org..manalah perginya sifat perikemanusiaan.

    kematian sgt tragis sudah di janjikan begitu caranya..tidak lebih dn kurang walau sesaat.

    semoga rohnya di tempatkan di kalangan org2 solehah.

    ReplyDelete
  4. ala hai suami yg bernama jamal..dia tk logoutlah plk..maaf ye..knor yg mengomen kat sini..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo Knor ...ingatkan visitor baru tadi...hehehehe..tu la..rasanya terdesak sangat sampai sanngup menembak orang...dengar citer dah kena tangkap...

      Delete
  5. org sekarang ni, tdk takut utk membunuh...bikin malu org sabha je bha..adehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mental tak betul agaknya tu...huny..

      Delete
  6. saya follow kamu erk 198

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx huny, dh follow huny

      Delete
  7. Sekitar kita dah makin tak selamat...aku klu pergi bank..memang rasa takut kat pak guard...nak2 klu guard tu yg berkulit gelap...mula rasa curiga yg bukan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian pada guard yg berkulit gelap...hehehe..apa2 pun kita kena sentiasa alert..

      Delete
  8. tak sanggup nak baca dan dengar berita yang macam ni.. dah tak ada perikemanusiaan.. sanggup melakukan perbuatan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kejam ros....kesian mangsa...mmm

      Delete
  9. biar penjenayah tu dihukum atas perbuatan yg diluar batas kemanusian ...
    takziah utk keluarga mangsa ..

    ReplyDelete
  10. sedih... innalillahiwa innailaihirojiun... sanggup pak guard tu... sana sini semakin menakutkan...

    ReplyDelete
  11. Harapkan pagar pagar makan padi....ingat boleh percaya le kat pengawal keselamatan tu....
    Takziah utk keluarga mangsa...

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena