...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, November 13, 2013

Program Cuti Sekolah: Kem Tahsin

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari je lagi sekolah akan bercuti panjang....rasanya ramai ibu bapa yang sibuk cari program cuti sekolah untuk anak-anak mereka....bukannya apa...daripada duduk rumah mengadap TV dan main games jer baik juga hantar diaorg ke kem-kem yang lebih berfaedah dan memberi pengalaman baru kepada mereka. 



Kem Tahsin ini merupakan kem yang dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Albarakah yang diasaskan oleh Ustaz Kazim Elias yang juga merupakan Pengetua pusat pendidikan tersebut. Kem ini memang cepat laku...sebabnya cepat je penuh...Ali pernah pergi Kem Tahsin ini...memang dia seronok sangat...masa tu ramai ibu bapa dari merata tempat hantar anak-anak mereka ke sini...dari Singapura pun ada...masa Ali pergi kem ini...ada yang dari Scotland...masa tu mak ayah diaorg balik sini...itu yang hantar anak diaorg ke kem ini...

Kem ini terbuka kepada kanak-kanak & remaja yang berusia dari 9 - 17 tahun. 
Tarikh : 8-14 Disember 2013 (Lelaki Sahaja)
Yuran : RM400

Kalau tengok website tu macam dah penuh tapi cuba la call Puan Ita di nombor 012-5449180 untuk kepastian. 

Sesiapa ingin mengetahui lebih lanjut tentang pusat pendidikan ini...boleh lah melayari website http://www.albarakah.org/

Untuk program cuti sekolah di Kem Smart Huffaz..klik di SINI



1 comments:

  1. satu info yg menarik ..
    boleh consider utk farish ..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena