...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, November 13, 2013

Senarai Program Cuti Sekolah 2013

Assalamualaikum

Dua n3 yang lepas, saya fokus kepada kem tahsin dan kem Smart Huffaz untuk program cuti sekolah. Kali ini saya listkan program-program lain yang terdapat di pasaran :)...banyak sebenarnya...

1. Program Cuti Sekolah Anjuran Ampac Academy. Program ini terdapat di beberapa lokasi seperti Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Shah Alam, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Putra Heights. Hampir kesemua lokasi tidak menyediakan penginapan. Program dari pagi sehingga petang. Program ini lebih mengutamakan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan juga kemahiran berfikir. Sesiapa yang berminat boleh la melayari http://cutisekolah.wordpress.com/ untuk keterangan lanjut.


2. Mini Tahfiz As-Syakirin anjuran Sekolah Agama As-syakirin yang terletak di Taman Cheras Utama. Mini Tahfiz ni akan diadakan di cawangan yang terletak di Bandar Baru Seri Putra, Bangi. Had umur antara 9 - 17 tahun dan ianya berlangsung selama 28 hari bermula 24 Nov - 22 Dis 2013. Macam-macam pengisian yang diadakan di sini..untuk keterangan lanjut boleh la klik di SINI


3. Summercamp Super Muslim Siri III dianjurkan oleh CSQ Training and Consultancy..details seperti gambar di bawah... atau klik pada gambar untuk ke laman web CSQ.

Program Cuti Sekolah


4. Pakej Pengajian Hafazan anjuran Akademi Darul Huffaz. Terdapat 2 sessi dimana ianya berlangsung selama 20 hari dan dihadkan kepada pelajar yang berumur 6-21 tahun. Terdapat banyak pakej...untuk keterangan lanjut boleh layari di SINI


5. Kem Motivasi anjuran Vision Consultant. Kem ini terdapat di beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Melaka, Perak dan Kedah. Keterangan lanjut seperti gambar di bawah:-

Kem Motivasi


6. Kem Inspirasi, Karisma dan Kepemimpinan anjuran Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Kem ini terhad pada pelajar yang berusia 10-17 tahun dan diadakan pada 23-26 Nov 2013 (bermalam). Keterangan lanjut boleh klik gambar di bawah. 

http://www.fka.com.my/cutisekolah/kick.html#lb[gal]/1/


7. Kem Kandai anjuran Pemuda dan Belia Kampung Kandai, Alor Setar Kedah..details seperti di bawah. Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari di SINI
Umur           : 7-21 tahunYuran          : RM100.00 (Diskaun 50% kepada sesiapa yang berjaya membawa 2 orang  @ lebih rakan/ adik beradik & FREE kpd yang membawa 5 peserta.Tempat        : Kem  Kandai, Kampung Kandai, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah Darulaman.Kemudahan : Dewan, Teratak penginapan lelaki/perempuan, sungai aktiviti.Objektif       : Mengubah segala-gala yang tidak baik menjadi lebih baik, insyaallah.Sasaran       : Kurang kasih ayah/ibu, merokok, dedah aurat, nakal, & juga berhasrat menguatkan iman anak-anak.Makan         : 7 kali

8. Bengkel Kepimpinan Dan Usahawan Muda anjuran Smart Coach. Details boleh klik gambar di bawah 

Bengkel Kepimpinan Dan Usahawan Muda


9. Eco Bootcamp anjuran Mindvision Training & Services. Maklumat seperti di bawah dan untuk details bolah la layari di SINI
Bayaran Penyertaan : RM300.00 / seorang
Tempat :     Lembah Azwen Resort, Felcra Semungkis, Batu 14 Hulu Langat, Selangor (http:// www.lembahazwenresort.com.my)
Peserta : Pelajar Sekolah Berumur 7 - 16 tahun
Penginapan : Dorm ( Berhawa Dingin )
Makanan & minuman : 6x sehari
Bilik Seminar : Berhawa Dingin
Lain-lain : Bahan kursus / sijil  / Hadiah / T-shirt

10. Kem Kecemerlangan Anak Soleh dan Solehah anjuran Kafu Training. Maklumat seperti di bawah 

Kem Kecemerlangan Anak Soleh & Solehah

UNTUK MAKLUMAN SEMUA...AKU TAK DAPAT APA-APA BAYARAN UNTUK TUJUAN PROMOSI DAN SEBAGAINYA...IANYA SEBAGAI PERKONGSIAN PADA KAWAN-KAWAN YANG MENCARI PROGRAM YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI MUSIM CUTI SEKOLAH NI. 

23 comments:

  1. Assalammualaikum...alya,

    banyak nyer program cuti sekolah nie..kan!..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Selim...aah banyak...cuma kena pandai pilih la...n ikut kemampuan..

      Delete
  2. byk acaranya ye..anak2 knor dh ada aktiviti yg kami rancang..belum cuti dh mula..hafaz al-Quran...masa exam hari tu tertangguh skjap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 noe x g pun program tu...sbb dh ada program lain...

      Delete
  3. Bnyk acara yg bermanfaat ni.. t kasih diatas perkongsian ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok tuk anak2 kan...no prob..

      Delete
  4. selamat bercuti adik-adik semua..

    ReplyDelete
  5. good info ..
    boleh buat pilihan nanti utk hero aby yg seorg tu ..
    selamat bercuti utk noe sama ..
    cuti dari menonton motogp yg dah abis musim tu ..
    he..he...
    memang very nice race la kt Valencia tu ..
    siap Marc bagi jalan kt Dani ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat reply komen noe ni...hehehe...tengok kt blog aby..hero dh g kem kan...mesti dia bes kan...apa2 pun tunggu next year punya race

      Delete
  6. Wah Noe.... bagus ni....banyak brochure, kalau nak cuma klik je
    Bagus jugakkan hantar anak anak gi kem cuti sekolah ni....terisi jugak masa tu...cuma duit je le kena keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah OKje...kena melabur sikit la...tp ikut kemampuan la kan...jenuh nak membayo kalau mahei beno

      Delete
  7. macam-macam program ada kan.. tak adalah terbuang je masa kan :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous8:04 AM

    Terima kasih banyak atas perkongsian. Semoga Allah SWT memberkati saudara/i :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah banyaknya program ..Terimakasih kerana perkongsian ini.:)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana mempamerkan kem saya...Kem Kandai. -MHZ

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, Terima Kasih kerana Tuan memaparkan program cuti sekolah anjuran kami ( Kafu Training & Consultancy ) Kem kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah @ KKASDS . Semoga Tuan berlipat ganda rezkinya dari Allah swt. Syukran..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena