...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Sunday, December 15, 2013

Malaysia Belasah Kemboja 36-0 - Sukan Sea 2013

Assalamualaikum

Pasukan Hoki Wanita Malaysia membelasah Kemboja dengan jaringan 36-0 di Sukan Sea ke 27 di Yangon, Myanmar semalam. Pada separuh masa pertama, Malaysia berjaya menjaringkan 18 gol dan separuh masa kedua juga mendapat jumlah jaringan yang sama. Jumlah jaringan ini merupakan satu rekod dunia yang mana rekod dunia sebelum ini dipegang oleh Argentina yang menewaskan Peru sebanyak 26-0 di Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Chile pada tahun 2003. Kelmarin Thailand menyamakan rekod tersebut yang juga menewaskan Kemboja.

Hockey
Gambar dari Google


Malaysia merupakan juara bertahan bagi acara ini pada Sukan Sea yang lepas. Selepas ini Malaysia akan melawan Singapura bagi perlawanan kedua di peringkat kumpulan. Kita berharap pasukan Hoki Wanita Negara mampu untuk mengekalkan emas yang mereka perolehi pada Sukan Sea yang lepas.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena