...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, February 18, 2014

5 Sebab Pentingnya Ada Matlamat Atau Impian

Setiap tahun bila menjelang tahun baru, pasti yang akan bertanya “Apa matlamat tahun baru?” “Matlamat tahun lepas sudah tercapai semuanya?” Apa pentingnya matlamat atau impian dalam hidup kita? Pada sesetengah orang mungkin menganggap ianya remeh, tapi inilah titik permulaan untuk hidup yang lebih bermakna. Masa begitu pantas berlalu dan tak mampu untuk diputarkan kembali, rugi jika tidak digunakan dengan sebaiknya. Mari kita lihat mengapa pentingnya matlamat atau impian dalam hidup kita.

1. Sebagai Arah Tuju Hidup

Hidup tanpa arah tuju umpama kapal yang belayar tanpa arah tujuan, tak tahu di mana destinasi yang ingin dituju. Misalnya, dalam masa 5/10  tahun di tahap mana kita akan berada, sama ada dari sudut kerjaya, keluarga, ilmu pengetahuan, amal ibadat dan sebagainya. 


2. Jimat Masa

Matlamat atau impian ini boleh menjimatkan masa. Dari sudut mana yang kita rasa ianya menjimatkan masa? Contohnya, sekiranya matlamat telah ditetapkan, sudah pasti terdapat senarai perkara-perkara yang ingin dicapai pada tarikh/bulan/tahun tertentu. Fokus dalam mengejar matlamat tersebut, ianya sekaligus menjimatkan masa. 

3. Alat Untuk Motivasikan Diri

Matlamat boleh memotivasikan diri untuk terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Setiap apa yang kita lakukan pasti akan ada cabaran dan rintangan. Cabaran dan rintangan akan dapat diatasi sekiranya kita ada matlamat yang ingin dicapai.

4. Elak Penyesalan

Menyesal Kemudian Hari Sudah Tidak Berguna. Kita mesti biasa mendengar ayat tersebut. Kenapa ayat tersebut selalu diperkatakan? Itu tandanya ramai yang menyesal di kemudian hari. Kenapa ramai yang menyesal di kemudian hari? Ini kerana tiada nya matlamat dalam hidup. Masa dibiarkan berlalu begitu saja, sedar-sedar sudah 10 tahun hidup masih sama, tiada perubahan dari semua sudut. Inilah pentingnya ada matlamat dalam hidup.

5. Apa Yang Diingini Dalam Hidup Akan Tercapai

Matlamat dapat membantu kita untuk mencapai apa yang kita ingin dalam hidup kita. Setiap orang pasti inginkan sesuatu dalam hidup, contoh yang mudah seperti ingin berumahtangga menjelang usia 25 tahun. Keinginan ini pasti akan tercapai dengan adanya matlamat dan tindakan-tindakan yang akan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. 


14 comments:

  1. Hidup tanpa matlamat ni memang carca marba sikit coz tak tau apa yang kita nak dalam hidupkan..goes with the flow..Its not actually..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul tu Raudzah..tapi sesetengah org anggap ianya tak penting..

      Delete
  2. salam. adik lelaki sy hidup tanpa matlamat. usia sudah 32 tp masih menganggur. dah puas nasihat tp x ada perubahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Abe...mungkin sebab ada org yg menanggung dia...dia dalam zon selesa...tu yg menganggur....bila dah tua nanti mesti dia akan rasa menyesal...

      Delete
  3. matlamat tu penting..cuma nak laksanakan tu je kadang berjalan lancar kadang tidak..seuaorg pun nak matlamat tercapai..klu tak mampu cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab perlaksaan mmg selalunya org ada problem...tu yg kena ada steps utk pastikan matlamat tersebut tercapai...

      Delete
  4. matlamat skrg ni..lebih pd anak2..kita fokus kpd persediaan kematian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah berusia ni Knor....itu la matlamat kita...lebih pada anak2 dan akhirat...

      Delete
  5. Salam noe,
    Bila umo dh lewat2 gini, matlamat cume untuk kebahagian keluarga d smping menambah bekalan utk hari kemudian

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby...tul tu aby...bl dah berusia mcm kita ni...semua tuk keluarga n amal ibadat

      Delete
  6. hidup tanpa matlamat maknanya kehidupan yang hanyut dan mungkin sia-sia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wafa...tiada arah tujuan...static je....tak ada turun naik...

      Delete
  7. Betul tu Knor ....tapi tulah....mcm tak serious pulak bila okje fikir fikirkan ...lebih sadis bila tak de matlamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila langsung x ada matlamat...macam tu je la hidupnya...klu ada rezeki Allah kasi...naik la dia...

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena