...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, February 11, 2014

Hukum Sambut Valentine's Day

Assalamualaikum

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu tarikh 14 Feb iaitu hari kekasih atau pun valentine's day. Tujuan hari ini di sambut adalah hari untuk mengingati kekasih. Pada hari ini kedai-kedai bunga menjadi tumpuan...masing-masing ingin memberi bunga kepada kekasih masing-masing. Namun adakah sambutan hari kekasih ini sesuai disambut oleh orang-orang Islam? Apakah pandangan Islam tentang sambutan hari kekasih ini?  



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:  

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. 

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.: 

من تشبه بقوم فهو منهم   
   
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”          ( Riwayat Abu Daud) 

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: 

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود 

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”        (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.


Sebagai orang yang beragama Islam, setiap tindakan yang kita lakukan haruslah mengikut syariat Islam

Psssttt: Aku tak pernah sambut hari kekasih ni...kerana aku ada hari kekasih aku sendiri iaitu 1st May. 

13 comments:

  1. Kalau mengikut sejarah dan tahu bagaimana Valentine memunsnahkan saudara Islam kita mesti tak ada siapa pun yg mahu meraikannya. Kena tahu sejarah bagaimana Valentine ini ujud Noe... Kalau nak cerita kat sini panjang rentetannya. Googlelah ye kawan-kawan agar kita tak terpesong turut meraikan mereka yg telah memusnahkan saudara kita dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu kakzakie...golongan muda islam kita ..dengan mudah meniru bulat2 tanpa usul periksa...

      Delete
  2. Anak-anak muda yg selalunya menyambut valentine ni Noe... moga mereka diberi kesedaran tentang hukum sambut valentines ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu yatie...harap2 mereka ada membaca pasal hukum menyambut valentines ni...

      Delete
  3. Salam Noe..
    mmg tak sambut pun Valentine ni.. tak berkenan sy... huhuhu
    harap2nya anak2 muda kita sedar lah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Atie...tu la atie...noe pun x berkenan...harap mereka cepat sedar

      Delete
  4. Kekasih kita hanya SATU..hari-hari nak celebrate pun tak apa kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju raudzah...itu yg sebenar-benarnya

      Delete
  5. Selang beberapa hari lagi menjelang tarikh ni, mudah-mudahan mereka yang berkenaan sedar cerita disebalik valentine ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu Nurul..harap2 mereka sedar

      Delete
  6. bagusnya buat N3 sebegini masih ramai yng tak tau lagi sebenarnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramai lagi yg tak tau KA...kita yg dah tau ni...kena sebarkan..

      Delete
  7. Semoga akidah kita semua sentiasa terpelihara.. in shaa Allah.. aamiin..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena