...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, February 20, 2014

Laluan Lereng Gunung Paling Bahaya Di Dunia

Assalamualaikum

El Caminito del Rey atau dalam Bahasa Inggeris nya dipanggil "The King's Little Pathway" merupakan di antara salah satu laluan lereng gunung yang paling merbahaya di dunia. Ianya terletak di El Chorro, berdekatan dengan Alora, Sepanyol

Mengikut sejarah, laluan ini dibina di antara air terjun Chorro dan air terjun Gaitanejo untuk para pekerja di hydroelectric power plants bagi membolehkan mereka mengangkut bahan-bahan binaan dan juga untuk melakukan pemeriksaan dan penyeleggaraan. Pembinaan bermula pada tahun 1901 dan siap pada tahun 1905. Laluan ini mempunyai kelebaran 1 meter dan ketinggian 100 meter dari paras sungai. 

Pada 1921, Raja Alfonso XIII menyusuri laluan tersebut semasa perasmian empangan Conde del Guadalhorce dan sejak itu, laluan ini dikenali sebagai Caminito del Rey.

Sejak beberapa kemalangan dan kematian berlaku di sini, pada tahun 2000 kerajaan telah menutup laluan tersebut kepada umum, namun penutupan tersebut tidak menghalang para pendaki dan penggemar sukan lasak untuk menyusuri masuk. Kerajaan telah memperuntukkan dana untuk membaik pulih laluan tersebut. 

Layan gambar-gambar di bawah ni.






Camino Del Rey 2010

Caminito del Rey


Agak-agak sanggup ke korang lalu kat laluan tu?? eeee 

16 comments:

  1. perghhh mmg curam dan seram lah nak lalu sini Noe.... memang tak lah..bagi juta2 pun tak sanggup nak lalu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...klu noe...klu dpt juta2 tu fikir gak nak cuba... hehehe

      Delete
  2. tapi views dia cantiknya lah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. view mmg superb tihara..

      Delete
  3. Oh Nooooo...tengok gambar aje dah seram..he..eh..kita forbia sikit tempat tinggi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tengok dh seram..apa ntah lg klu g sana...ye tak...klu dh fobia...mmg x leh pergi la..

      Delete
  4. x leh byangkan zaman dhlu..jlan ini dgunakan utk angkut barang..perh... tinggi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...terfikir gak..camne la diaorg buat laluan ni dulu...

      Delete
  5. waaaa cantiknya tempat tu...Subhanallah.... pemandangan dia amazing!! Tapi kalau saja-saja nak berjalan ikut tu... tak sanggup you... kalau TERjatuh... cuma ja... org kedah kata... Memang sesuai dah dengan tajuk tu... Laluan Lereng Gunung PALING BAHAYA di Dunia... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik sangat wafa...klu setakat tengok dr bawah atau dari helikopter ke...ok la...klu terjatuh..hehehe tau2 je la kan.....,,,

      Delete
    2. tu lah... :D... tp really love the view! cantik sungguh :)

      Delete
  6. macam tu pon nak panjat....serammmm....

    ReplyDelete
  7. Cantiknya view tu noe. Kalau fiza pegi tempat tu confirm gayat :)

    ReplyDelete
  8. Oo ye la. Tempat ni lagi bahaya daripada tpt dalam cite IRT deadliest roads

    ReplyDelete
  9. Alamak aiii... tak sanggup saya.. baik penat berblog walking dari nak jln mendaki mcm tu huhu.. :D

    ReplyDelete
  10. Heiiiii seramnya noe....tak hengin okje nak lalu kat situ....bagi sejuta pun!

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena