...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, March 10, 2014

Permohonan Kemasukan Ke Institusi Perdidikan Guru 2014


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

KETERANGAN PROGRAM 

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian 
Mod Kursus : Sepenuh Masa  

STRUKTUR PROGRAM 

  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester 
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester 

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.  
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.  
  • Calon mesti sihat tubuh badan.  
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.  
  • Calon mendapat gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: 
    • Bahasa Melayu dan Sejarah.
    • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
    • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk di sini untuk Syarat Bidang Pengkhususan). 
Kepada yang berminat boleh layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014   

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 MAC 2014 (11:59 MALAM)


18 comments:

  1. saya lepasan ipg..huhu
    memang best msk ipg.
    dpt biasiswa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...untung la...cikgu la ni.. selamat petang cikgu :)

      Delete
  2. wah..good information
    dulu ada apply sini.. x dpat he..he.. :P

    ReplyDelete
  3. Info yg baik.. semoga dipermudahkan kpd mereka yg layak...

    ReplyDelete
  4. alamak. umo dah lebih..
    adik-adik boleh lah..
    anyway good info, noe...:)

    ReplyDelete
  5. selamat memohon bagi yg nk memohon..

    ReplyDelete
  6. Kalau OKje nak je suruh anak apply cikgu ni...tp anak bujang pulak tak minat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah x minat...x leh nak paksa OKje...ikut je la apa yg diaorg minat...

      Delete
  7. Cepat2 apply bagi anak2 yg berminat...suka sgt kerjaya cikgu..tapi takde rezeki nak jadi cikgu..:)
    TQ info ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak per...nanti Pa'e leh jadi cikgu :)

      Delete
  8. Bagus ni untuk adik-adik lepasan SPM yang berminat dengan kerjaya cikgu...ada allowance lagi ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu2 pun gaji tinggi dah sekarang ni...mm siap ada allowance lagi...

      Delete
  9. Kalau muda lagi boleh la apply. Ni dah tua kut. Takut nanti bljr pun x masuk. Actually dulu dapat masuk maktab. Tapi tolak sbb dah masuk itm. Kalau x jd cikgu sklh rendah dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...noe dulu pernah dpt jadi cikgu sandaran sekolah menengah...itu pun ikut kehendak arwah bapak....tp x minat...mmg x pergi la...

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena