...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, April 11, 2014

Bergaya dengan jam tangan cantik online

Assalamualaikum


Dalam pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘Masa itu emas’ dan bagi kita ianya sangat berharga. Masa yang berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Menepati masa dalam melakukan sesuatu adalah langkah terbaik dalam memudahkan sesuatu perkara atau aktiviti seharian. Namun pengurusan masa kini adalah mudah dengan adanya jam tangan yang stylish melingkari di pergelangan tangan korang. Baru rasa bersemangat bila tengok jam yang stylish tu...kejap2 tengok jam...kejap2 tengok jam...hehehe

Pasaran jam tangan sentiasa dan akan terus kekal kukuh kerana permintaan yang sentiasa tinggi. Memiliki jam tangan adalah sangat penting kerana kepentingannya dan bukan sekadar aksesori semata-mata. 

Jam Cantik


Bagi kaum wanita, kita memang sangat bertuah kerana sentiasa mempunyai pilihan fesyen yang pelbagai. Pada hari tertentu jika mahukan sesuatu yang simple di bahagian pergelangan tangan dan tidak mahu memakai chunky bangles, a stylish watches adalah pilihan yang terbaik. Tengok jam yang biru dan hitam kat bawah ni...very stylish ok..

Jam Cantik

Tidak kira sama ada korang suka analogue display yang klasik atau digital display yang lebih moden, kini korang semua boleh dapatkan jam tangan kegemaran secara online. Terdapat banyak website shopping di luar sana yang menawarkan koleksi women watches online dengan harga yang cukup berpatutan. Malah korang boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan ketika sale.

Trend online shopping memang semakin popular di Malaysia sekarang ni...ini kerana pembelian secara online jauh lebih mudah. Selain daripada itu ianya menjimatkan wang, masa dan juga tenaga. Zalora Malaysia adalah antara destinasi fesyen online terbesar dan ianya memberikan pilihan terbaik buat korang dengan pilihan jenama yang terbaik dengan harga menarik!...So apa tunggu lagi...jom terjah Zalora Malaysia


25 comments:

  1. Memakai jam memang menjadi kemestian pada sy kak.. klu tak pakai mmg rasa semacam..cuma tulah skrg ni tinggal 1 je jam tgn yg tinggal...hadiah hubby 6 tahun yg lalu.. nak terjah lah zalora cari jam...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb dah biasa sgt pakai...tu yg rasa semacam kan...ooo dah lama tu atie..masa tuk beli yg baru :)

      Delete
  2. Dulu akak pakai jam Noe.. skrg tak pakai dah.. tengok Kat handphone je masa.. ehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg macam kak yatie skang ni...pakai HP jer

      Delete
    2. PB...hubby noe pun sama :)

      Delete
  3. Kalau trlupa pakai jam.. macam ade je yg tak kena.. dah tau lupa pakai jam pun masih tertengok2 kat pergelangan tangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sbb nurul dah biasa sangat pakai...tu yg rasa lain

      Delete
  4. wah cantiknya.. bayaknya pilihan.. betul sis masa itu emas...
    lpas ni nak masuk zalora la nak usher2..
    libresx3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mmg byk pilihan ...boleh je pilih...
      terima kasih sobri

      Delete
  5. Memang cantik koleksi jam tu... idah tak boleh kalau tak ada jam... mesti kena pakai jam... tapi 1 nie la jam yang idah ada dan pakai hari2... kalau ada 2 pun yang satu tu akan jadi perhiasan jer kat rumah... hehehe... jenis tak suka tukar2 jam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm wajib plak yer idah....idah mcm noe gak la...pakai jam...satu jenis je...sampai la rosak...hehehe

      Delete
  6. cantik...tapi tak pakai jam dah sekarang...prefer guna hp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg pakai hp je skang ni...

      Delete
  7. isi dua tabung di sini...

    ReplyDelete
  8. salam noe ..
    Tag Heuer ada tak ..
    jam yg sinomin dengan McLaren F1 ..
    siapa saja jadi pemandu mcLaren psti akan jadi model utk jam tu ..
    cuma sekarang mcLaren tengah melalui zaman meredum nya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby....
      rasanya tak ada...
      ooo Taq Heuer taja mclaren la...hehehe...team lain pplak merasa kat atas

      Delete
  9. berzaman tak pakai jam..tapi suka tgok jam cantik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah noe pun suka tgk jam yg cantik2 n stylish

      Delete
  10. jam tangan yg saya pakai sekarang pun beli online.. jam tangan RPM.. pakai lebih kepada gaya berbanding fngsi sbb selalu kalau pakai jam pun, kalau nk tau waktu tengok henset jugak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...utk berfesyen la ni...tk per...bergaya tu penting...baru awek pandang...hehehe...

      Delete
  11. x pakai jam x senang duduk..ada sekali battery abis..ai berlakon pakai juga walhal jamnya mati..nasibla xde org Tanya time tu..kalo tak,hahahaa

    ReplyDelete
  12. Memang tak leh tak pakai jam... KN ada banyak koleksi jam. Tapi selalu pakai satu je... yang lain abih tak gerak!

    ReplyDelete
  13. Jam skrng bukan sekadar utk tengok masa je, tp jadi aksessori juga.. walau ada hp, saya masih terbiasa tengok waktu di jam tangan..
    3x ford.. :D

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena