...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, April 15, 2014

Buah Nona atau Annona squamosa

Assalamualaikum

Ahad lepas pergi rumah mertua di Jelebu, Negeri Sembilan. Bila sampai rumah mertua, tengok pokok buah Nona sedang mengeluarkan hasilnya. Banyak buahnya tapi belum masak lagi...jadi tak boleh la nak petik. Sebenarnya kali pertama noe tengok pokok buah nona ni...kat rumah mertua ni la...sebelum2 tu tak pernah tengok...

Buah Nona


Nama saintifik buah nona ini ialah Annona squamosa dari keluarga Annonaceae. 

Antara khasiat yang terdapat dalam buah nona ini ialah seperti berikut:-

  • Mengandungi antioksidan seperti Vitamin C, ianya dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh
  • Mengandungi kalium tinggi dan magnesium, ianya dapat melindungi kita dari serangan penyakit jantung.
  • Mengandungi Vitamin A, ianya bermanfaat untuk menjaga kuit, kesihatan rambut dan mampu meningkatkan fungsi mata.
  • Dipercayai dapat mengawal tekanan darah
  • Membantu normalkan semula fungsi pencernaan
  • Dapat menyembuhkan sembelit
  • Mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah, ianya mampu membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.
  • Daun pokok buah nona boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak bernanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, rawatan penyakit cirit-birit dan masaalah radang usus (najis berdarah).
sumber dari sini dan sini

Buah Nona

Pokok buah nona
Pokok Buah Nona


24 comments:

  1. singgah sini.. lebatnya buah tp xpernah makan buah nona ni. xtau rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..rasanya macam buah durian belanda/durian mekah...itupun klu amanina pernah rasa buah durian belanda tu la :)

      Delete
  2. Assalammualaikum..alyadina,

    terima kasih perkongsian pasal buah nona nie. Dahulu kat tempat mselim3 ada gak... sekrang susah nak cari pokok nona nie..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mselim3..

      aah ... susah nak cari pokok ni...

      Delete
  3. owh.. macam ni rupanya buah nona tu.. sebelm ni tahu nama je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...ini la rupanya...isi dalam mcm buah durian belanda/durian mekah tu...

      Delete
  4. wah jarang juga nak nampak buah ni kat pasar..tapi kalau musim dia.. berlambak..suka buah ni.. tq sharing sis... byak khasiat ni...digix2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah susah nak jumpa kat pasar...terima kasih Sobri

      Delete
  5. Ros pun tahu nama dia je. buah tak pernah tengok lagi..

    ReplyDelete
  6. selalu juga atie makan buah nona ni..mmg suka... cuma skrg ni agak susah nak jumpa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...aah...susah nk jumpa buah ni...

      Delete
  7. Replies
    1. ooo...tak per...ada peluang boleh gak rasa

      Delete
  8. Dah jarang tengok buah ni sekarang...dulu masa kecik kat rumah atok ada pokok ni....
    Patut pun nama dia Nona ek Noe..lebih kurang nama saintifik dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...Okje dh biasa makan la sebelum ni yer...aah nama saintifik nya kat2 sama

      Delete
  9. Tak pernah makan buah nona. Kesian titew kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...tak apa..ada rezeki n jumpa buah ni...leh la merasa

      Delete
  10. pernah tengok buah dgn pokoknya... tapi tak pernah tnegok isi dan macam mana cara makannye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belah je buah tu...makan terus...hehehe...biji jgn la plak makan kan...isi mcm buah durian belanda tu... :)

      Delete
  11. Lama dah tak dengar ttg buah nona ni.. tp mmg tak pernah makan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg x pernah makan lg upanya...tak apa Khir...ada rezeki...leh juga makan nanti

      Delete
  12. Dalam sis... Ade lagi tak buah nona ni... Nk beli boleh tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam humaira...sis x balik kg lagi...insyaAllah kalau ada...sis bgtau...

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena