...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, April 21, 2014

Punca Dan Statistik Perceraian

Assalamualaikum 

Hari ini noe ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan sebab utama perceraian. Data ini adalah hasil kajian Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia


7 sebab utama perceraian adalah:-

1. Masalah Agama atau Budaya - Pasangan sering meninggalkan kewajipan terhadap agama, kurang pengetahun dan pendedahan agama

2. Seksual - Pasangan bersikap dingin, tiada kepelbagaian dalam seks dan tiada kepuasan seks

3. Pihak Ketiga - Pasangan mempunyai teman lain

4. Suami Atau Isteri Tidak Bertanggungjawab - Pasangan yang tidak bertanggungjawab, lupa pada keluarga, anak-anak. Pentingkan kerjaya melebihi keluarga.

5. Kesihatan - Pasangan yang kuah merokok, sakit tua, sering sakit, menghidap HIV/AIDS dan lumpuh

6. Isu Sosial/Akhlak - Pasangan suka berfoya-foya, kaki judi dan kaki mabuk

7. Ekonomi - Kegagalan dalam mentadbir urusan kewangan keluarga dan mempunyai banyak hutang


Sebab Perceraian
Sumber
Jumlah kes perceraian pula meningkat dari tahun ke tahun, Pada tahun 2010 julah kes perceraian yang dicatatkan adalah sebanyak 41,778 kes meningkat kepada 43,137 kes pada tahun berikutnya. Jumlah ini terus meningkat pada tahun 2012 dengan jumlah kes sebanyak 47,779. Manakala sehingga pertengahan tahun 2013, jumlah kes sudah mencapai 22,165 kes.

Rekod terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, kes perceraian yang didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia pada tahun 2013 adalah sebanyak 581,505 kes, dimana 544,804 kes berjaya diselesaikan dan selebihnya masih dalam proses


Jenis Perceraian pula adalah seperti berikut:-


  • Cerai Mengikut Seksyen 47 (lafaz cerai) - 16,865 kes
  • Cerai Fasakh - 5,528 kes
  • Cerai taklik - 2,111 kes
  • Cerai khulu' atau tebus talak - 86 kes
  • Cerai di luar mahkamah  - 12,111 kes

Negeri Yang Mencatatkan Permohonan Perceraian Yang Tertinggi :-

1. Selangor
2. Johor
3. Kelantan
4. Wilayah Persekutuan


Negeri Yang Mencatatkan Permohonan Yang Terendah:-

1. Perlis
2. Melaka
3. Sarawak

Kumpulan umur yang mempunyai peratus perceraian tertinggi adalah kalangan yang berumur 35 tahun ke bawah.

Tempoh rumahtangga yang kerap berdepan kes perceraian adalah antara 1 - 6 tahun.


Bukan senang untuk mengekalkan hubungan suami isteri. Suami Isteri mestilah berusaha untuk mengatasi segala kekeruhan dan banyakkan komunikasi. Segala masalah, InsyaAllah ada cara penyelesaiannya.



sumber


30 comments:

  1. gerun jika nak fikirkan.. setiap kita pasti akan menempuh cabaran dlm rumahtangga.. semoga kita kuat mempertahankan rumahtangga kita masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg gerun yana... InsyaAllah Ana...

      Delete
  2. macam2 punca ada, moga jauh dari musibah begini
    anak-anak yang jadi mangsa keadaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tihara...anak2 yg jadi mangsa...kesian kat mereka

      Delete
  3. info terbaik utk kita fikir2kan sama kan !

    ReplyDelete
  4. Meningkat ye..entah berapa byk klilh arash bergoyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Knor meningkat...mm tu la..

      Delete
  5. perkara halal.. tapi ALlah tak suka.. mintak2 dijauhkan le benda ni dari berlaku pada kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Yob...mintak2 dijauhkan..

      Delete
  6. mintak dijauhkan dlm rumah tangga kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..harap sangat x kena pada kita

      Delete
  7. klu tidak ada penyesuai dalam perkahwinan,
    itulah jalan terbaik utk keluar dari keazaban dunia perkahwinan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aby...kita berhak untuk mencari kebahagiaan..

      Delete
  8. baru perasan ..
    pnceraian akibat dari kena sepak terajang penampar pukol, tiada yer ...
    nampak pasangan lebih rela bercerai kerana tidak puas sex dari kena sepak terajang ..
    hu..hu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tp mmg ramai perempuan yg sanggup kena sepak terajang ... mungkin sbb anak atau takut hilang tempat bergantung...

      Delete
  9. allahuakbar.... gerun baca ni... moga Allah sentiasa pelihara saya dan suami serta pembaca2 blog noe ni dari menambahkan jumlah kes ini... Allah... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...moga kita semua dilindungi olehNYA dan dijauhi dari kes2 seperti ini...

      Delete
  10. banyak puncanya.. takut bila dengar hari2 ada je kan kes..

    ReplyDelete
  11. Info yg baik sbg peringatan... semoga dijauhkanlah kita semua dari keburukan... aamiin..

    ReplyDelete
  12. Mintak dijauhkan...moga kita kekal bahagia hingga akhir hayat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah raudzah...sama2 kita berusaha utk kekalkannya

      Delete
  13. Anonymous6:06 PM

    Assalamualaikum Noe,

    Statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman syariah agak mengejutkan.sebab..carian di laman web rata2 mengatakan jumlah kes lbh kurg 45 ribu kes setahun. Dan statisstik diatas adalhh jauh lebih besar.. setengah juta/ratusan ribu kes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      terdapat kesilapan sedikit...rekod yang 500 ribu lebih tu yang didaftarkan sahaja di mahkamah syariah...

      Delete
    2. Sis, dimana sis dapatkan nilai statistik ni? saya perlukan sumber bagi rujukan kajian.. terima kasih

      Delete
  14. ya allah..
    tabahkan hati mereka.. tabahkan hati kami yang berkeluarga
    rumah mana yang tidak dilanda ombak
    berdoa.. baiki kelemahan diri sendiri..
    dan jangan cari kesilapan pasangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...insyaAllah Azlina..banyak2 kita berdoa padaNYA agar perkahwinan yang didirikan kekal hingga ke akhir hayat...dan semoga diberi ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi segala cabaran..

      Delete
  15. assalamualaikum....macam mana saya boleh dapatkan statistik penceraian yang terbaru?

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena