...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, May 08, 2014

Gula Punca Banyak Masalah Kesihatan

Assalamualaikum

Manis




Pengambilan gula yang berlebihan bukan sahaja boleh merosakkan gigi kita malah ianya juga boleh menggalakkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya:-

1. Kegemukan - Gula yang telah hadam didalam badan dan sekiranya tidak digunakan, ianya akan bertukar menjadi lemak (1 gram gula = 4 kalori + 0 nutrien). Lemak ini kemudiannya akan menyebabkan kegemukan

2. Kencing Manis - Pengambilan gula yang berlebihan dalam badan boleh mengakibatkan penyakit kencing manis. Kegagalan pankreas dalam menghasilkan insulin dengan secukupnya untuk memastikan kandungan gula dalam darah di paras normal, kencing manis (gula dalam air kencing) akan berlaku. Jika dibiarkan, paras gula yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan penebalan dan penyempitan pembuluh darah. Ini boleh membawa kepada bekalan darah yang kurang baik dan kerosakan saraf. Jika tidak dirawat boleh membawa pelbagai jenis penyakit yang lain seperti kegagalan buah pinggang, buta , kerosakan jantung dan sebagainya.

3. Proses Penuaan - Gula yang berlebihan juga boleh menyegerakan faktor penuaan dan menjejaskan kesihatan

4. Fungsi Imun Terjejas - Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan fungsi imun tubuh dengan menghalang keberkesanan sel-sel darah putih menyingkirkan mikroorganisma yang menceroboh dan memudaratkan seperti kuman dan virus

5. Osteoporosis - Kajian juga menunjukkan pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu mendapat Osteoporosis. 

6. Terlalu Aktif - Makanan seperti ais krim, coklat, gula-gula dan minuman manis menaikkan paras gula dalam darah dan ini memaksa tubuh membebaskan insulin untuk mendapatkan keseimbangannya tetapi tubuh seringkali melebihi batasannya menyebabkan paras gula menurun secara mendadak. Kemudian tubuh menyesuaikan semula dengan mengeluarkan adrenalin. Ini boleh mencetuskan keadaan terlalu aktif dengan serta merta, malah keganasan, di bawah keadaan yang kena pada tempatnya.


Jadi kawan-kawan semua, mari kita kawal pengambilan gula dalam makanan/minuman harian kita. 

Sumber - Buku Makanan Berbahaya terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang

22 comments:

  1. Anak yg kecik tu suka betul minum air manis Noe.....makan tengahari bancuh oren nanti ptg bancuh siram . ..geram nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak lelaki noe pun macam tu gak...mesti nak air manis...nak tegah kesian pulak...

      Delete
  2. Yup!!! Dah tua tua ni baru rasa penangan ambil gula banyak dalam makanan, atau minuman.. I mean makan manis-manis, minuman pun nak manis-manis, air tin berkarbonat dulu-dulu ni almost everyday... Cuma alhamdulillah, tak serius jer lagi... sekarang dah banyak kurang ambil gula... masa muda-muda bukan tak tahu nOe, tapi tak rasa takut, biar orang nasihat dan pesan macam-macam... Harap orang muda-muda sekarang, ikut lah pesan orang tua-tua dan berpengalaman... takut menyesal nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wafa...masa muda2 dulu mmg tak ambil kisah langsung bab2 kesihatan ni...hentam je semua....bila dah rasa sakit2 ni la baru sibuk2 nak kontrol sana sini...

      Delete
  3. saya matlah setuju dgn smua point sis..tapi badan memng perlukan sedikit gula.. tapi jgn ambil berlebihan memng boleh muudaratkan kesihatan :P
    libx3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..badan mmg perlukan gula tp jgn berlebihan....thanks sobri..

      Delete
  4. Thanks Noe..Actually Kita suka semua jenis makanan yang sweet, cuma sekarang ni dah banyak kurangkan pengambilan gula ni..bahaya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah raudzah...boleh ambil...cuma jgn jumlah yg berlebihan...

      Delete
  5. banyak kan keburukan gula..
    bw sini :)

    ReplyDelete
  6. bukan tak boleh ambik gula...tapi berpada-pada lah pada sukatannye...

    ReplyDelete
  7. Benda-benda manis ni saya kurang sikit. Sebab risau takut terkena diabetes. Lagipun, family saya memang ramai yang ada diabetes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kalau ada history dari family...lagi la kena jaga...elok tu berjaga awal2

      Delete
  8. Gula ni mmg kena kawal.. klu x de tak best, tp klu terlebih boleh jadi penyakit.. mmg kena berpada2lah...
    3x inti & salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Khir...
      terima kasih khir...

      Delete
  9. Kurangkan gula dalam minuman hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe lebihkan gula dalam senyuman :)

      Delete
  10. Gula memang manis, terlebih gula darah pun jadi manis juga.. aiyooo.. nice sharing Noe :D

    ReplyDelete
  11. Anonymous5:23 PM

    As Salam Sekadar berkongsi...Jom kita tukar Gula yang tak menyihatkan kepada Extract Stevia yg menyihatkan sebagai pengganti Gula....info lanjut sms or call saya Hyder - 0123972193. ...

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena