...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, July 10, 2014

Kenali Siapa Uyghur Yang Dilarang Berpuasa Oleh Kerajaan China

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Artikel yang noe akan kongsi ni adalah dari kawan noe iaitu Mohd Zahari Abd Ghani melalui FB beliau di https://www.facebook.com/zahari.ghani

Mari kita kenali siapa sebenarnya Uyghur ini.

1. Ramai yang telah berkongsi kisah masyarakat uyghur di Xinjiang yang dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi.

2. Tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Uyghur? Kalau tuan puan jumpa Uyghur di depan mata mahukah tuan puan tolong mereka?Kalau kami sedang lindungi mereka daripada kezaliman kerajaan China mahukah tuan puan bantu kami membantu mereka dari dizalimi?

3. Isu Uyghur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun, dan bukan hanya larangan berpuasa tetapi juga larangan-larangan ibadah yang lain seperti larangan memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai-bagai lagi.

Uyghur People
Sumber Gambar

4. Tahukah tuan puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada China?

5. Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina. Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina.

Uyghur People
Sumber Gambar

6. Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama , selain wajah mereka juga hampir sama.

7. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the "new territory" iaitu wilayah baru). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.
Uyghur people
Sumber Gambar

8. Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).

9. Mulai tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.

10. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh. selain kaum wanita pula dirogol.

11. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

12. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.

13. Kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia.

14. Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur.

15. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih Zalim daripada kaum Zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat access media seperti facebook, Youtube dan internet.

16. Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh Zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat.

17. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

18. Oleh itu, di bulan yang mulia ini perbanyakkan doa-doa kita bagi seluruh umat agar Allah memelihara mereka dan memberikan keamanan buat mereka selain memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghadapi tekanan, cabaran dan rintangan dri

Article: Chinese Uyghurs defy Ramadan ban - Chinese Uyghurs defy Ramadan ban.


11 comments:

  1. bla baca entry ni sy tingat ada 1 fakta ttg pemimpin dunia yg telah membunuh rakyat mereka. dan agk terkejut krn pemimpin china yg berfahaman komunis ini merupakan pemimpin yg plg byk membunuh org awam. kalau x silap lbih drpd 20 juta org. dan brg kali jumlah tersebut termsk org2 uyghur...

    ReplyDelete
  2. baru tahu sejarah ni....lebih terul dari palestin rupanya.

    ReplyDelete
  3. dah mcm hitler lah ni kiranya ... cuma hitler bunuh org yahudi .

    ReplyDelete
  4. Ya allah siapalah yg akan bela nasib mereka ini klau nOe x kongsi mmg x tahu. Sedih dan simpati sgtY

    ReplyDelete
  5. Jap jap. Macam orang Yunan je muka dia k.noe. Sebijik lak tu rupe orang Yunan. Orang islam sebanrnye ramai je di tindas cume kite je tak tahu.

    ReplyDelete
  6. Allohurobbi.. bila dua wasiat ditinggalkan.. Ramainya ummat cuma semacam buih di lautan.

    ReplyDelete
  7. terima kasih berkongsi artikel ini...

    ReplyDelete
  8. Kisah penindasan pihak Uygur ni memang dah lama kan Noe. cuma kurang diwar-warkan kepada masyarakat dunia yang lain..dia orang ni juga dilabel sebagai pengganas...kesian..inilah penindasan yang berlaku ke atas orang islam...hanya doa yang mampu kita kirimkan untuk mereka yang terinaya...

    ReplyDelete
  9. Terimakasih Noe berkongsi ilmu ....baru tau ni.....
    Betullah.... muka mereka mmg tak mcm Cina....Sedihnya bila Islam ditindas di sana sini...

    ReplyDelete
  10. Kesian mereka ni... semoga Allah senantiasa melindungi & membantu mereka semua... aamiin.
    promoted content & dove.. :)

    ReplyDelete
  11. Sedihnya baca sal dorang. Tambah satu lagi sebab kenapa kita kena berilmu. Tak cukup dengan apa yang kita dah tau. Memang ilmu ALLAH ni waasi'. Kita rasa tau banyak dah tapi macam buih di Lautan Hindi je. (=.=')

    Terima kasih kerana sedarkan saya yang terlena. (x.x)

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena