...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, October 01, 2014

Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel Naik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel naik sebanyak 20 sen bermula pukul 12.01am malam ni (2 Oktober 2014). Ini berikutan daripada keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengurangkan subsidi petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen. Oleh yang demikian harga baru bagi Petron95 dan Diesel seperti di bawah:-

Petrol RON95 = RM2.30 seliter  
Diesel = RM2.20 seliter

Bagi RON97 masih kekal RM2.90 seliter.

Macam mana la nak bertahan ni...baru sembang-sembang dengan Bob nak cari kereta yang jimat minyak. Kos hidup makin naik, gaji tak naik. Aduhai...kadang-kadang terfikir juga...tak ada jalan penyelesaian lain ke selain dari menaikkan harga minyak ini? Tolonglah jangan cakap nak kurangkan beban golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan ini...BOSAN OK (Mood EMO).

Ini gambar-gambar yang dikongsi dalam FB susulan dari berita kenaikan harga minyak ni. 




Ini pula komen dari Ustaz Mohd Kazim Elias:-





18 comments:

  1. Kita rakyat jelata ni mengikut shaja.
    Kereta kita kita byr, minyk kita byr. Xde pun elaun kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..klu dpt elaun kete kan bess... :)

      Delete
  2. Ha--ha..Lawak lah gambar PM tu...memang terasa sebenarnya bila minyak naikkan..yalah ada yang hari-hari kena isi minyak...so boleh imagine kalau harga terus naikkan Noe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terasa raudhah...sbb noe hari2 bawak kete g keje...nk bawak moto x tau la plak... :)

      Delete
  3. Sime darby untuk Noe..

    ReplyDelete
  4. Hahaha...tiap satu isu mesti ade je org edit muka najib. ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...ada je idea diaorg

      Delete
  5. mujo aku pakai minyak lintah tapa je...
    sebotol tahan 3 bulan noe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha...hampesss mabong...

      Delete
  6. memang terasa dengan kenaikan ni. aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...lepas ni makin naik la semua benda

      Delete
  7. Isu panas ni dr semalam.. 20sen ni akan menyebabkan rakyat lagi terbeban.. 20sen ni akan menyebabkan harga barangan lain naik..adoi! mmg tensen lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu atie...klu barang x naik lain la citer

      Delete
  8. 20 sen je org kata... takkan isi minyak seliter je.. 20 sen x beberapa liter x minggu & bulan... banyak tuuu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu seliter nk g mana je khir....sekejap dah semput tengah jalan...hehehehe

      Delete
  9. Nasib kita la kak sbg org bawahan. Untung la kalau dilahirkan sbg anak org kaya sbb sumenya ditanggung.

    ReplyDelete
  10. arghh..tension pasal minyak naik ni..selama isi RM50 dpt 21 liter plus je sebelum ni leh dapat 23 liter lebih huhuh..sedih2

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena