...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Sunday, October 12, 2014

Moto2: Hafizh Syahrin Mendapat Markah Di Grand Prix Japan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelumba Moto2 negara iaitu Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia telah berjaya memberi aksi yang memberansangkan pada perlumbaan di Motul Grand Prix of Japan. Hafizh yang bermula pada petak ke 17 telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 8 dan sekaligus berjaya mendapat 8 markah. Hafizh setakat ini meraih kedudukan ke 18 dari keseluruhan pelumba Moto2 dengan berjaya mengumpul markah sebanyak 42 markah.

Tahniah kepada Hafizh dan diharapkan beliau dapat mengekalkan rentak pemanduan untuk perlumbaan yang seterusnya. Tunggu kemunculan beliau di Sepang pada 25 & 26 Oktober ini. 

Perlumbaan moto2 ini telah dimenangi oleh Thomas Luthi dari pasukan Interwetten Sitag, kedua Maverick Vinales dan ketiga ialah Esteve Rabat

Hafizh-Syahrin-Petronas-Raceline-Malaysia-JPN-QP-578902
Sumber Gambar
Seorang lagi pelumba Malaysia dalam Moto2 iaitu Azlan Shah yang mewakili IDEMITSU Honda Team Asia hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 24.



7 comments:

  1. Tahniahh pd mereka yang telah mengharumkan nama Malaysia. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ana...tahniah pada mereka semua ...

      Delete
  2. Terbaiklah... semoga terus maju & berjaya!

    ReplyDelete
  3. Balik Malaysia dapat hadiah apa pulak ni agaknya

    ReplyDelete
  4. alamak...x kenal lah dorang ni huhuh

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena