...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, October 02, 2014

Time Capsule Malaysia Menarik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru tadi noe dan bob menonton rancangan "Time Capsule Malaysia" menerusi Channel History 555, favourite channel Bob. Ini kali kedua kami menonton rancangan ini. Pada noe rancangan ini memang amat menarik. Ini pendapat noe la...tak tau la pendapat orang lain. 

Rancangan ini merupakan sebuah dokumentari sejarah negara terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama A+E Networks Asia dan History Channel. 


Sumber Gambar
Ianya menarik minat kami kerana cara penyampaiannya yang agak santai dan bersahaja. Dokumentari ini berkisar tentang sejarah negara dalam era 1950an dan 1960an dan konsep yang digunakan adalah membandingkan era 1950an dengan era sekarang. Hos bagi rancangan ini iaitu Razif Hashim akan menunjukkan filem pendek era 50an kepada orang di jalanan dan akan meminta pendapat mereka berkenaan dengan filem tersebut. 

Antara topik yang dibincangkan tadi adalah berkenaan dengan Pingat Hang Tuah yang diberi oleh Sultan/Agong kepada kanak-kanak yang telah berjaya menunjukkan semangat keberanian. Razif bertanya tentang pendapat orang ramai...antara soalan yang ditanya:-

Siapakan Hang Tuah?
Jika mereka dipilih untuk menerima Pingat Hang Tuah, mana yang mereka akan pilih? Pingat atau wang?

Apa pula tindak balas dari orang ramai?

Ada yang pernah dengar Hang Tuah tapi tak tau siapa sebenarnya Hang Tuah. Ada yang tidak tahu langsung dan Ada juga yang tahu wira pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Yang buat noe dan bob terperanjat ada yang jawab... "salah seorang Perdana Menteri" ... hehehehe...

Untuk soalan kedua pula..

Ada yang memilih pingat bagi membolehkan ianya ditunjuk pada anak cucu..ada yang pilih duit dan ada juga yang pilih pingat dan pingat tu ada dijual untuk mendapatkan wang...macam-macam kan...

Tadi juga ada ditunjukan sejenis penyakit yang dipanggil YAWS atau penyakit puru yang mengorbankan jutaan nyawa pada zaman tersebut dan rata-rata orang ramai tidak pernah mendengar penyakit YAWS.


Sumber Gambar


Banyak lagi topik menarik yang dibincangkan dalam rancangan ini. Rancangan ini bukan sahaja disiarkan di negara kita malah di seluruh Asia.

27 comments:

  1. orang minat sejarah akan syiok arr layan cerita ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..noe n bob mmg minat sejarah...

      Delete
  2. Menarik..Tapi kita tak subcribe channel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo x dpt la tengok yer...tak per...baca je citer noe ni...hehehe

      Delete
  3. Salah satu rancangan yang bagus untuk kita hayati sejarah.

    ReplyDelete
  4. Ana pernah tgk cite omputeh pasal kapsul masa. Ana ingat ia sekadar citeri tgk mmg wujud rupenye kapsul masa ni. Hoho. Terbaik ah!

    ReplyDelete
  5. bagus ni untuk ditonton... tapi tak ambik channel tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...x per...nanti2 mesti dpt tgk gak

      Delete
  6. dulu saya suka tengok channel 555 ni
    sekarang dah tak langgan astro eheee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...ikutkan hati noe ni pun...nk je terminate astro ni

      Delete
  7. ohhh menarik rancangan ni Nor.. ni nak kena tengok ni sebab sy dan hubby memang suka rancangan2 mcm ni..:)

    ReplyDelete
  8. Mmg menarik rancangan ni.. thanks sharing sis.. Sime darby.. :)

    ReplyDelete
  9. best juga ye layan dokumentari sejarah macam gini..luas pengetahuan noe dan bob

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah pengetahuan sikit2 PK

      Delete
  10. fev en somi tuh n me

    ReplyDelete
  11. wahhh menarik ye time capsule Malaysia ni...bayak boleh dapat info2 baru kan, yang kita tak tahu.... :D

    ReplyDelete
  12. Wahh... macam menarik jer nie... tapi kita tak ada channel nie la rasanya...

    ReplyDelete
  13. Menabung proton untuk Noe... :)

    ReplyDelete
  14. Sblm ni x paham apakah kapsul malaysia tu. Baru tau dokumentari.

    ReplyDelete
  15. channel 555? leraning chnnel tu..huhuh...langgan tapi tak pernah bukak channel2 berkaitan tu

    ReplyDelete
  16. Anonymous5:52 PM

    Hi Noe, saya Gerard Benedict penerbit Time Capsule Malaysia dari Code Computer Design Sdn Bhd - yg buat rancangan tu untuk FINAS dan History Ch. . Bes-lah dengar u orang suka Time Capsule. Terima kasih-lah promote rancangan ini. Kami masa buat show tu, pun terkagum dengan khazanah filem bersejarah yg terdapat di FINAS atau dulu dipanggil Filem Nagara Malaysia. Ada banyak lagi filem2 kenegaraan di sana. Yg saya tahu ada lebih dpd 40,000 jodol. TQ bro...

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena