...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, November 24, 2014

Buku Islamik Menarik Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini noe nak kongsi buku-buku yang noe rasa memang amat menarik untuk dimiliki oleh anak-anak kita. Buku ini noe belikan untuk Aya. Tapi bukan untuk Aya je...noe pun baca juga. Memang menarik. Buku-buku ini noe kata menarik kerana penuh dengan warna warni...ianya bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa pun boleh membaca buku ini. 

Di bawah ni "Al-Quran Pertamaku Juzuk Amma".

Juzuk Amma

Tajuk: Al-Quran Pertamaku Juzuk Amma
Penulis: Ustaz HjArsil Ibrahim, MA
Penerbit: Blue-T Publication Sdn. Bhd.
Pengedar: Ana Muslim Sdn. Bhd.
Harga: RM89.00 (Sem Malaysia) RM94.00 (Sabah & Sarawak)
Lain-lain: Muka depan berkulit keras dan kertas di dalam juga berkualiti.

Juz ketiga puluh dalam Al-Quran atau lebih dikenali dengan nama Juzu' Amma memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan orang-orang Islam. Surah-surah di dalam juzu' inilah yang paling banyak dibaca dalam solat dan juga dalam kehidupan seharian. Surah-surahnya pendek dan mudah dihafal.

Namun, amat tinggi nilainya. Seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai, ”Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an.”

Juz ‘Amma ini juga ditulis khas untuk kanak-kanak bagi menyemai cinta mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya. Ia juga bagi menarik minat mereka untuk membaca al-Quran serta memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang surah-surah yang terkandung dalam buku tersebut. Lengkap dengan ilustrasi-ilustrasi yang cantik dan menarik, buku ini turut memuatkan peristiwa-peristiwa penting serta hikmah turunnya tiap-tiap surah itu.

Juzuk Amma


Juzuk Amma

Buku kedua yang noe nak kongsi bertajuk "366 Cerita Dari Al-Quran Dan Hadis". Maklumat lengkap seperti di bawah:-

Tajuk: 366 Cerita Dari Al-Quran Dan Hadis
Penerbit: Darul Mughni Trading
Pengedar: Edukid Distributors Sdn. Bhd.
Harga: RM39.90 (Sem Malaysia) RM42.90 (Sabah & Sarawak)
Lain-lain: Muka depan berkulit keras dan kertas di dalam juga berkualiti.


Buku Kanak-kanak

Setiap rumah haruslah memiliki buku ini dalam mengubah masa depan anak-anak ke arah jalan yang diredai Allah. Dengan usaha murni ini, moga Allah memberikan kita kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kelak. Insya-Allah, kita dapat membentuk anak-anak kita mempunyai:

Kekuatan Iman seperti Ibrahim a.s.
Kesabaran Tinggi seperti Ayub a.s.
Ketulusan Hati seperti Yusuf a.s.
Keindahan Akhlak seperti Muhammad SAW

Mudah-mudahan, hidup anak-anak kita akan diberkati. Semoga Allah menerima usaha kecil ini. Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kebaikan.

Buku kanak-kanak

buku kanak-kanak


"Al-Quran Pertamaku" dan 366 Cerita Dari Al-Quran Dan Hadis memang sesuai dibacakan untuk anak-anak sebelum mereka tidur. 


5 comments:

  1. salam noe ..
    dalam memperkenalkan buku tu pada anak2 ..
    mak bapak pun dapat menfaat juga ..
    dr lembaran yg noe tunjuk nampak buku tu menarik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby..

      aah aby...mak bapak jugak boleh baca...mmg menarik aby...

      Delete
  2. Bagusnya... buku2 mcm ni mmg sesuai buat anak2 yg sedang membesar. Bnyk ilmu yg dpt diserap.. thanks sharing sis.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu khir....sebelum ni kita disogokkan dengan buku2 dari barat...kena tukar cari buku islamik plak..

      Delete
  3. belum ada anak..kalau tak leh g cari..byk manfaat nya nih

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena