...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, November 27, 2014

Malaysia Antara Negara Terbaik Untuk Persaraan Di Dunia

Malaysia merupakan di antara 9 negara terbaik untuk persaraan di duniaIndeks Tahunan Global Persaraan Antarabangsa ini dikeluarkan oleh Internationalliving.com yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam mengeluarkan ranking negara-negara terbaik di dunia untuk persaraan. Ranking ini berdasarkan harga barangan runcit, suhu purata, kos utiliti dan keramahan penduduk tempatan

Malaysia menduduki ranking ke 3 selepas Panama dan Ecuador dan merupakan negara terbaik untuk bersara di Asia sekarang ini. Dengan hanya $1,700 sebulan, pasangan boleh hidup dengan selesa di Malaysia. Suhu purata pula adalah 82 F sepanjang tahun dan terdapat beberapa pantai terbaik dunia di sini. Di sini juga terdapat kawasan peranginan yang sejuk dan pulau-pulau yang cantik.

Di sini juga terdapat hospital-hospital yang terkemuka dan kos yang dikenakan adalah amat berpatutan. Doktor-doktor di sini mahir berbahasa Inggeris dan ramai yang berkelulusan dari US / UK. Infrastruktur di sini juga amat baik begitu juga dengan internet berkelajuan tinggi. 

Di Malaysia juga terdapat Program Malaysia Rumah Kedua ku yang mana program ini membolehkan warga asing untuk tinggal di Malaysia pada pas lawatan sosial selama 10 tahun dan boleh diperbaharui untuk 10 tahun lagi apabila tamat tempoh. Pembelian harta di sini juga amat mudah berbanding dengan negara lain di rantau ini. 

Kepelbagaian bangsa yang terdapat di Malaysia menyebabkan Malaysia begitu unik dan di sini mewah dengan pelbagai jenis makanan dan budaya. Bahasa Inggeris juga banyak digunakan di sini, walaupun Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sini, Inilah antara sebab mengapa Malaysia dipilih di antara 9 negara terbaik di dunia untuk persaraan. 

Di bawah ini adalah senarai 9 negara terbaik di dunia untuk persaraan


Panama
1. Panama - Markah: 91.2


2. Ecuador - Markah: 91.1

Kuala Lumpur
3. Malaysia - Markah: 88.5


Negara Costa Rica
4. Costa Rica - Markah: 86.8


5. Spain - Markah: 85.8


6. Colombia - Markah: 84.2


6. Mexico - Markah: 84.2

7. Malta - Markah: 84.1


8. Uruguay - Markah: 83.7


9. Thailand - Markah: 83.5

13 comments:

  1. salam noe ..
    sentiasa bersyukur dgn apa yg dinikmati dinegara kita ..
    dapat juga perhatian dari Badan2 diluar tu yer ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aby...
      betul tu aby..bersyukur sangat...aah aby..dah glemer malaysia ni :)

      Delete
  2. Sempoi juga klu bersara duduk Costa Rica tu... tak taulah kenapa best.. cuma mcm best je rasanya.. :D

    ReplyDelete
  3. banyak juga amerika latin.. kena belajar ckp spanish ni. hehee

    ReplyDelete
  4. betul ke..mmg malaysia ni sempoi je kan

    ReplyDelete
  5. Salan perkenalan...

    Ye betul...bapa sy dh 15 thn pencen kerajaan...mmg rilekkk jer...

    Btw folower #287..

    ReplyDelete
  6. bangga jap.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam Noe.. makin ramai la nampaknya penduduk malaysia lepas ni, international lagi.. huhuuu

    ReplyDelete
  8. Tempat ketiga tu.. mmg hebat Malaysia.. :D
    Lepas nie berjiran dengan bangsa asing la huhuhuu.. :D

    ReplyDelete
  9. duduk Malaysia gak yang best ye tak..hehe

    ReplyDelete
  10. msia tempatt ke 3..daebak! i love msia

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena