...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, November 25, 2014

Pak Itam Inn, Cherating

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena cuti sekolah ini, mesti ramai yang membawa anak-anak pergi bercuti. Kali ini noe cuma nak kongsi gambar Pak Itam Inn, Cherating. Noe pergi sini pada tahun 2012, 2 tahun lepas. Masa tu noe berdua je dengan Bob jalan-jalan ke sana, dari Kuantan ke Kuala Terengganu kemudian ke Cherating (cerita penuh ada kat SINI). Ini saja nak masukkan balik gambar Pak Itam Inn ni. Gambar-gambar ni 2 tahun lepas, sekarang tak tau la macam mana rupanya.

Masa noe datang sini bulan 12, musim hujan, sepanjang hari hujan, so tak berapa bess nak jalan. 

Pak Itam Inn

Serba sedikit maklumat berkenaan chalet ni:-

Chalet ni berbentuk rumah melayu, diperbuat daripada kayu, mempunyai verandah yang dilengkapi dengan 2 buah kerusi dan sebuah meja. Bila masuk dalam, ada sebuah katil bersaiz “king”, 2 biji bantal dengan sehelai selimut berbunga-bunga. 2 buah kerusi, dilengkapi dengan TV, turun ke bawah sikit ada cermin, tempat penyangkut baju, penyapu dan sinki untuk gosok gigi atau basuh muka. Bilik air dilengkapi dengan timba dan dayung. Tiada air panas. Nak mandi mesti rasa sejuk sangat. Terdapat pokok-pokok bunga yang sudah agak tinggi di hadapan chalet. Terdapat ruang yang agak besar untuk meletak kereta di sebelah setiap chalet. Jalan masuk ke dalam chalet agak gelap dan signboard Pak Itam Inn pun agak kecil. Terdapat sebuah restoran betul-betul di dalam kawasan chalet. Terdapat ruang yang agak luas untuk menjalankan sebarang aktiviti. Tidak Jauh dengan laut…Cuma perlu berjalan kaki dalam 5 minit sudah sampai ke tepi laut. Pantai boleh dilihat dari verandah. Chalet ni di apit oleh dua hotel besar. Di kiri terdapat Hotel Legend manakala di sebelah kanan Holiday Villa. Kedua-dua hotel tersebut bertaraf 4 dan 5 bintang.

Pak Itam Inn



Pak Itam Inn

Pak Itam Inn

Pak Itam Inn


Pak Itam Inn

Pak Itam Inn

Pak Itam Inn

Pak Itam Inn




11 comments:

  1. Replies
    1. memang tenang je kat sana anies

      Delete
  2. macam cantik jer..tq noe tercari2 juga nak kemana detinasi cuti ni..
    suka suasana ala kampung hijau ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. noe pun suka suasana macam ni...aman jer..

      Delete
  3. bestnya...cantik....Tahun ni xpergi bercuti k sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni mmg tak ada perancangan...jawabnya terjah je mana2

      Delete
  4. susana seperti tinggal di kg kan nOe..berapa rate per night

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu antara RM70 - RM180...sekarang punya rate x pasti...ada beberapa jenis bentuk chalet kat situ..

      Delete
  5. Tenang dan damai dlm suasana semulajadi... bestnya sis.. :)

    ReplyDelete
  6. tempat yg tenang n damai dengan suasana kampung.sesuai sgt buat warga kota yg sentiasa sibuk dengan dunia penuh kelam kabut..:)

    ReplyDelete
  7. Cherating.. bila la nak ada peluang menjejak kaki ke sana huhuhuu.. :D

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena