...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, December 12, 2014

Puding Coklat Oreo

Puding Coklat Oreo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Semalam sempena cuti untuk warga pekerja Selangor, noe berkesempatan untuk membuat Puding Coklat Oreo. Bila dah selesai masak untuk makan tengahari...noe terus prepare untuk buat puding ni. Ingatkan malam sebelum tu nak buat...tapi Abang Ali dah setelkan semua biskut Oreo tu...Bob pergi la beli lagi biskut Oreo.

Sebenarnya noe main hentam je...tengok resepi dalam internet...macam-macam resepi ada...ada yg guna milo la...ada yang guna serbuk koko la...sudahnya noe guna apa yang ada kat dapur noe tu....

Kalau tengok gambar kat bawah ni...tak berapa cantik ...sebabnya belum sempat keras...noe dah masuk kan bahagian atas tu...sebab nak cepat kan...

Coklat Oreo

Resepi untuk Puding Coklat Oreo ni:-

750ml air
1 tin susu cair
1 sudu tepung kastard
2 sudu serbuk coklat
1/2 cawan gula (kalau suka manis, boleh tambah gula lagi)
1/2 cawan susu pekat
1 bungkus agar (30gm) - noe guna separuh je
1 bungkus biskut oreo - yang sederhana

Cara-Cara:-

1. Campur air dan agar-agar ke dalam periuk dan masak
2. Bila agar-agar dah menggelegak dan cair, masukkan gula, susu cair dan susu pekat. Kacau rata
3. Bila dah sebati semua dan sudah menggelegak...ambil 2 cawan agar-agar tersebut dan asingkan
4. Agar-agar yang masih ada dalam periuk tu, masukkan tepung kastard dan serbuk coklat. Kacau rata
5. Bila dah sebati, masuk kan separuh ke dalam bekas...dan sejuk kan..
6. Bila dah sejuk dan keras (kalau keras sangat..calar2 kan atas agar-agar tersebut), susunkan biskut oreo, kemudian masukkan agar-agar putih yang di asingkan masa mula-mula tadi.
7. Bila dah keras, masukkan balance yang masih ada dalam periuk tu. Kalau dah mengeras, boleh panaskan balik.
8. Bila dah sejuk, boleh la sedia untuk makan.

Coklat Oreo



12 comments:

  1. sedap makan pepetang ni....

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  3. Selera tengok buat makan2 hujung minggu ni.. :) :)

    ReplyDelete
  4. emmm, sdppnya nor pun nk btlh..
    ahad ni ada tetamu, boleh sgtlh buat ikut resepi noe ni... tqvm
    ada juga idea..

    ReplyDelete
  5. salam singgah nak tengok puding oreo tuan rumah ...ermmm sedap nyerr...

    ReplyDelete
  6. Pernah buat puding ni dulu tapi lama dah tak buat hihi....okje ni gayanya Noe masa tgh rajin buat, asyik buat jer....pas tu kalau dah malas langsung tak buat haha

    ReplyDelete
  7. Mana menyepi Noe lama tak dengar cite?...

    ReplyDelete
  8. Hmmmm...bestnya..Salam hujung minggu Noe...

    ReplyDelete
  9. Uihh..mesti manis kan?

    ReplyDelete
  10. sedaplah noe..nak try

    ReplyDelete
  11. nampak sedap..JM ni pernah try buat puding tapi bukan puding yg ini..follow step resipi yg di beri tapi hasilnya x seperti yg tuan punya resipi tu huhu...geram!

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena