...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, January 15, 2015

Bersantai di The kabin Kuala Selangor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Ini cerita pada 27 dan 28 Disember 2014. Kalau sebelum ini noe bercerita tentang Bukit Malawati (Baca Di SINI), kali ni noe nak bercerita pasal Thekabin. Noe singgah di Bukit Malawati dulu sebelum terjah ke Thekabin Kuala Selangor. Memandangkan cuaca yang asyik hujan dan banyak kawasan telah dilanda banjir, noe terpaksa tukar plan dari Janda Baik ke Kuala Selangor. Cari kawasan yang dekat je.

thekabin

thekabin

Thekabin container

Noe dapat maklumat berkenaan dengan Thekabin ini melalui perkongsian di FB. Tujuan memang nak bawa anak berendam dalam kolam. Kalau tak ada kolam tak bess pulak budak dua orang tu. Bila dah sampai sana, banyak juga tempat yang boleh dilawati. Bab makanan banyak pilihan ada. Kepada yang malas nak keluar, dalam Thekabin pun ada cafe.

Kolam Renang Thekabin

Cafe Thekabin
Sumber Gambar 

Thekabin ni baru sahaja dibuka sebulan lalu, itu menurut orang yang bertugas dikaunter tu. Baru sangat tempat. Bila tempat baru, semua nampak bersih lagi. Kenapa pilih tempat ini? Noe tengok dalam gambar dalam portal Thekabin ni memang nampak cantik. So gambar yang cantik memang boleh menarik perhatian orang ramai untuk datang ke sini .. Ok. Lagi pun kawasan ni tak jauh sangat, jadi kurang kos perjalanan dan juga jimat masa perjalanan.


Ruang Membaca Thekabin
Ruang Membaca


BBQ Place thekabin
Tempat BBQ


Basikal Untuk Di Sewa
Basikal Untuk Di sewa
Apa kemudahan yang ada di sini?
  • kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, 
  • cafe dan ruang membaca (bersama dengan front desk)
  • tempat BBQ
  • bilik serbaguna
  • bilik karaoke
  • wifi (signal kuat di kawasan cafe, dalam bilik yang noe duduk, signal kurang)
  • sekuriti 24 jam (ada CCTV dan bila malam, pintu di lock dan ada security guard yang jaga)
  • sewa basikal (sewa RM10 sejam dan yang basikal boleh naik 2 orang tu RM20 sejam)
Swimming Pook Thekabin

Swimming Pook Rules

Tree House Thekabin
Rumah Pokok


Bilik Kontainer






Swimming Pook Thekabin

Macam mana suasana dalam kabin?? Nama bilik/kabin di sini dinamakan mengikut nama pelabuhan. Ada Rotterdam, Antwerp, Felixstowe, Hamburg, Durban dan sebagainya. Nama pelabuhan di Malaysia yang digunakan ialah Kelang. Noe tinggal di bilik Keihin. Ini sahaja bilik yang tinggal masa noe nak booking tu. Bilik ini ada 4 bunk beds. Suasana dalam bilik Keihin seperti dalam gambar di bawah. Masalah ketara dalam bilik ini ialah ruang untuk solat. Ruang memang kecil, so dalam bilik ni noe terpaksa solat di depan pintu masuk...itu sahaja ruang yang ada. Ada balkoni tapi balkoni ni kongsi dengan bilik depan. Memandangkan bilik depan kosong, so ruang tu noe sekeluarga je la yang guna.


Room Thekabin Keihin


Keihin Thekabin


Room Keihin Thekabin


Room Keihin Thekabin

Abang Ali dan Aya memang tak sabar nak terjun dalam kolam renang. Layan je la diaorg. Siap dapat kawan lagi. Ada satu group tak tau la group kawan atau keluarga, memang ramai. Diaorg siap buat exercise dalam kolam renang tu. Ada instructor nya...bagus juga...Abang Ali dan Aya join jugak... :)


Swimming Pook Thekabin





Swimming Pool Thekabin




Thekabin




Swimming Pool Thekabin


Tree House Thekabin
Rumah Pokok
Kat bawah ni kawasan persekitaran Thekabin. Dekat dengan pantai, noe dan bob berjalan kaki ke pantai. Ada kedai makan di sini. tapi masa noe datang tutup. Kedai ni buka waktu malam. Pantai kat sini tak berapa bersih. Memang tak sesuai untuk mandi manda, memang tak ada orang mandi manda pun. 


Sekitar Thekabin


Kuala Selangor


Pantai Remis Kuala Selangor

Bagaimana suasana malam di sini? Bila malam, pintu masuk ke Thekabin memang di lock. Tapi ada pengawal keselamatan yang jaga. Noe dan bob bila pergi mana2 memang suka lepak bila malam. So tempat kitaorg lepak di balkoni. Dari balkoni boleh dengar orang menyanyi, ada karaoke di kedai makan di tepi pantai tadi. Banyak je kereta keluar masuk, rasanya kebanyakkannya pergi ke tempat karaoke tu. Waktu malam di Thekabin terang je..boleh lepak di tepi kolam renang. 


Pantai Remis Kuala Selangor


Pantai Remis Kuala Selangor


Pantai Remis Kuala Selangor


Pantai Remis Kuala Selangor



Kepada mereka yang berminat untuk menginap semalam dua di sini, boleh tengok rate di bawah ni. Boleh juga layari laman web mereka di SINI. Beberapa hari selepas itu, cerita tentang Thekabin ini ada keluar dalam Majalah 3. Tahniah kepada anak-anak muda ini. Teruskan usaha. Cuma satu yang kena improve, rasanya Thekabin boleh mencari pekerja yang berkelayakan untuk mengemas katil dan bilik sebab masa noe masuk bilik tu, cadar tak berapa kemas dan lagi satu ada semut sekor dua ekor. Boleh di improvekan lagi. Bilik memang bersih, bilik air pun bersih. Apa2 pun good luck untuk Thekabin. 


Harge atau Rate The kabin


The Kabin Kuala Selangor

15 comments:

  1. bestnya bolehlh knor pg nti... cuti kli ni mmg tk kmna pun.. tq infonya noe..
    knor mmg tk berapa suka trip cuti yg jauh mkn masa nk sampai.. yg dkt2 tu lbih mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau trip jauh2 ni...letih rasanya knor...lg pun cuaca pun x berapa bagus..boleh la knor terjah ke sana :)

      Delete
  2. menariknyaa the kabin tuu. suasana persekitaran pun cantik ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik gak nani...nanti ajak mak ayah g sana....hehehe

      Delete
  3. mahal jugak harganya kalau pergo sorang mmg tak mampu sbb minima 2 org satu bilik itu pum RM190++./ Sangat sesuai jia bawak family kan

    Bagi JM klaau aa anak-anak nak yg mandi swimming pool or nk buat family gathering sesuai kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah JM...klu g sorang mcm tak berbaloi...g ramai2 baru bess...

      Delete
  4. Noe....mcm pernah terbaca....kat mana tak ingat....dlm paper kot.....Menarik jugak ni....
    Kawasan pun cantik ek.....
    Yelah bebudaknmesti nak berkuak lentang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah masuk Majalah 3 Okje...
      boleh la...
      hehehe...kuak lentang tu yg diaorg tunggu2...

      Delete
  5. Menariknya tempat ni.. saya baru tau.. kreatiflah. Thanks sharing sis.. :)

    ReplyDelete
  6. Good entry. Mcm teruja je. Hihi

    ReplyDelete
  7. Kak.. cuba Grand Lexis or Avillion PD.. kolam da bomb!

    ReplyDelete
  8. style... macam kontena..

    ReplyDelete
  9. Boleh tahan jugak harganya yerp. Tau pasal ni pon sebab tengok dalam majalah 3.

    ReplyDelete
  10. Thanx for sharing pasal tempat the Kabin ni. Ingat cuti sekolah nak pegi sini, tapi fully booked pulak. Harap ada rezeki next time ke sana. :-)

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena