...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, January 09, 2015

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor Dan Taman Ikan Air Tawar

Tak habis lagi cerita di Bukit Malawati Kuala Selangor (punya lama daaa nak habis). Sebelum ini noe cerita tentang kedatangan ke Bukit Malawati (baca DI SINI) dan Monyet di Bukit Malawati (baca Di SINI) Kali ini noe nak kongsi suasana di sekitar Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Datang sini tak rugi sebab macam-macam boleh tengok.

Historical Museum Kuala Selangor

Muzium ini memang berkisar tentang sejarah Kuala Selangor itu sendiri. Dalam muzium tak boleh nak ambil gambar, jadi ambil gambar di luar muzium sahaja lah. Suasana kat sini rasa aman dan damai jer...

Muzium Bukit Melawati

Berikut adalah serba sedikit Sejarah Kuala Selangor (Info dari SINI)

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu. 

Diagakkan nama Selangor (Kuala Selangor) ini juga telah wujud lebih awal dari Kurun Masehi 15, kerana sebelum Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.

Rumah Api Kuala Selangor

Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura. Mengikut catitan, Paduka Seri Maharaja memerintah dalam Kurun Masehi 14 (1301-1400 ). Jika keterangan ini benar, jelaslah bahawanama Selangor telah pun adaketika itu ada pun sebelumnya. Dalam kitab Jawa Negarakertagama yang terkarang di pertengahan Kurun Masehi 14 pula menyebut nama Klang tertakluk ke Majapahit.

Muzium Bukit Malawati

Beberapa keping peta lama tersimpan di negeri Cina dan dipercayai peta itu yang menjadi panduan kepada Laksamana Cheng Ho, salah seorang ahli perlayaran Cina yang dipercayai belayar dalam tahun 1405-1433. Dalam peta tersebut ada tertulis Sungai Klang dan Selangor darat. Sejarah Melayu juga ada menyebut di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458), Tun Perak telah dijemput menjadi Penghulu di Klang.

Dalam khutub khanah Royal Asiatic Society di London terdapat senaskhah Sejarah Melayu bertulis tangan terkumpul bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan Tuan Bendahara Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas (Perak) dan Tuan Mahmud diberi memerintah Selangor.

Rumah Api Bukit Malawati

Memandangkan segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun Masehi 15. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala Selangor sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut. Kata-kata ini tidak siapa yang dapat menafikan kerana segala bukti yang membenarkan bahawa di Kuala Selangorlah bermulanya pentadbiran negeri itu masih terdapat hingga sekarang.

Kuala Selangor

Sebelum Daeng Chelak, anak raja Bugis lima bersaudara dari Pulau Sebilis itu datang ke Selangor, di Kuala Selangor telah memang ada didiami oleh manusia diketuai oleh seorang perempuan yang adil dari kaum Bugis yang bernama Upu Chendera Burung. Sifat seorang pemerintah yang bertimbangrasa inilah yangmempengaruhi hati penduduk asli di situ, hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua yang lain kecuali dari keturunan Bugis. Faktur inilah yang menyebabkan kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan.

Kuala Selangor

Apabila meninggalnya ketua mereka,lalu dikebumikan di atas sebuah bukit. Mengikut ceritanya bukit itu ialah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Majlis Daerah Kuala Selangor sekarang ini (1979). Di sisi pusara Upu Chendera Burung ini terdapat sebuah kolam air tawar dan sepohon bunga Tanjung.

Kuala Selangor

Muzium Bukit Malawati


27 comments:

  1. seronok jalan2 tempat bersejarah cenggini kaknoe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi x semua org suka tempat bersejarah ayunie... :)

      Delete
  2. Bestnye KAK..tak pernah smpai ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu tiba2 ke kuala selangor...boleh la ikhwan singgah sini..

      Delete
  3. Mesti seronok pergi jalan-jalan macam ni. Nak kena pergi juga jika ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 yg seronok pokok manggis depan rumah...sedapnya buah manggis...hehehe...terima kasih singgah sini..

      Delete
  4. kuala selangor pun ada muzium yang best..buat pencinta sejarah sini tempat wajib datanglah noe kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah PK..ada muzium...noe dengan bob mmg suka pegi tempat2 sejarah mcm ni... :)

      Delete
  5. seronoknyaa jalan jalan. teringin nak pergi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn teringin je inani..nanti terjah je.. :)

      Delete
  6. Hi Kak! lama saya tak bukak blog! tu je...n walaupun kuala selangor dekat, saya ttak pernah singgah pon ctu.. tsk tsk.. :'( kalau g area sana pon, untuk mancing..heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Khamsi....fuhhh lama x dengar cerita...blog pun mcm x berupdate jer...hehehe...ooo kaki pancing la ni...memancing kt sana pun bess...banyak port mancing...

      Delete
  7. Muzium ni kemas dan cantik.. suka tengok telefon lama yg ada kat situ. Dapat pasang satu kat rumah tu mmg klasih sungguh hehee.. Menarik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...mmg elok berjaga muzium nyer...hehehehe...noe pun berminat nk letak phone klasik tu...hehe

      Delete
  8. salam noe ..
    kepala meriam tu nak bedil apa tu agak nya ..
    satu tempat yg bagus utk bawa anak2 ..
    sekurang2 nya dapat kenalkan kt mereka sejarah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby...
      nak bedil kepala org yg degil2...hehehe
      budak2 tu lebih suka kat monyet aka beruk tu...tp diaorg suka juga muzium tu

      Delete
  9. Best dapat melawat tempat bersejarah ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bess juga aishah...dapat info pasal tempat tu..

      Delete
  10. tak pernah sampai juga noe

    ReplyDelete
  11. pernah sekali jalan2 dengan kawan kat area kota bharu kelantan, last2 macam mna ntaj kami bleh masuk muzium.. macam skema je jalan2 masuk muzium. tapi bila dah masuk rasa best la plak.. rasa macam x rugi singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...jalan2 masuk muzium mmg rasa skema...mcm zaman sekolah2 dulu je...tp mmg byk info boleh dpt kat muzium...klu pha is pegi muzium polis n tentera lagi bess.. :)

      Delete
  12. Museum kuala selangar..ya Apun..nampka sgt JM x tahu..rupanya ada byk tempat menarik hanya di kuala selangor yg JM tahu asyik nk g melancong ke luar negara je walhal dalam msia pun masih byk tempat menarik huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...JM layan obersea jer...mcm sis nk ke obersea x mampu...mampu baca je la...hehe

      Delete
  13. Ada muzium jugak rupanya ye Noe.... dah terlanjur ke sana ye dak.....kalau okje mesti ngelat ni....cari tempat lain selain muzium hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...mesti OKje x minat g muzium ni...apa lagi...g tengok helang pun ada gak kat sana...

      Delete
  14. Suka sangat dengan tempat besejarah mcm ni.. Kuala Selabgor jer.. tapi tak boleh nak sampai lagi huhuhuu.. :D

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena