...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, January 16, 2016

Bess Ke Cerita Dilwale?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Shah Rukh Khan Kajol

Seminggu dua ni ramai yang kena demam Dilwale. Kenapa la agaknya noe kata demam ....

  • Tengok FB, Whatsapp dan media sosial lain ..masing-masing update pasal Dilwale
  • Ramai yang pergi menonton filem ini lebih dari sekali
  • Ramai yang share video lagu Janam Janam dan Gerua
  • Dah ada rakyat Malaysia yang buat cover lagu Janam Janam ni...termasuk lah penyanyi Shila Amzah
  • Dah ada versi Bahasa Melayu lagu Janam Janam
  • Ramai yang ternanti-nanti filem ni Astro First
  • Video pasangan pengantin pun ada yang ala-ala Dilwale...siap dengan lagu Janam Janam
Memandangkan noe tak lagi menonton lagi filem, jadi tak tau nak komen apa-apa. Bob pun tertanya-tanya apa la yang bess sangat cerita ini. Kawan-kawan noe ada yang dah pergi menonton.

Noe ada tengok pembikinan video untuk lagu Gerua, memang mereka bekerja keras untuk filem dan video lagu ini. Video lagu ini merupakan yang paling mahal pernah dibuat di Bollywood. Penggambaran lagu ini dibuat di Iceland..untuk satu video lagu saja dah memakan masa berhari-hari nak buat. Memang cantik video yang dihasilkan.

Ada dua orang kawan pejabat yang dah pergi menonton. Kawan yang perempuan (keturunan India) kata dia menonton filem ini sebab pelakonnya Shah Rukh Khan dan Kajol. Dia kata cerita dia OK la..noe pun tak tanya detail. Yang kawan lelaki (keturunan India juga) pulak kata bosan.. hehehe...Kawan lelaki noe (melayu) dia pun dah tengok..kawan belanja katanya... dia kata cerita hampas...membazir duit jer...hehehe...mungkin cerita cinta kut...dia tak minat.

Dilwale

Nampaknya filem ini memang meletop sama dengan filem lakonan pelakon yang sama sebelum ini iaitu Kuch Kuch Hota Hei. Pelakon yang dah meningkat usia pun masih mampu menarik ramai penonton ke panggung wayang. Ramai yang kata Kajol nampak muda dan lagi cantik dari dulu. Masing-masing sibuk cari rahsia kecantikan kajol...ada yang kata selalu exercise dan pakai produk Olay... hehehehehe...tak tau la betul ke tidak....yang pastinya itu lah penangan filem Dilwale.

Sesiapa yang nak menonton filem ini sama ada di rumah atau dipanggung wayang..pastikan anak2 di bawah umur jangan dibawa untuk menonton bersama-sama. Tak sesuai untuk mereka. 


3 comments:

  1. Tu la dari mula ditayangkan demam Dilwale masih wujud sampai hari ni...sebabnya masih ada kawan2 fb yg dok bercakap pasal filem tu. Saya plak tak tengok sebab tak minat hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Nik Azidah...tak habis2 lagi...hebat penangan filem ni...nasib tak minat yer..kalau tak Nik Azidah pun demam jugak :)

      Delete
  2. ok kita geng... belum tgk tunggu je la keluar kat astro... hahahah

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena