...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, January 14, 2016

Melawat Kellie's Castle Batu Gajah Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cuti sekolah lepas noe sekeluarga sempat singgah di Kellie's Castle yang mana berdekatan dengan Clearwater Sanctuary Golf Resort. Memandangkan kami memang tak pernah jejak ke sini, maka kami singgah sebentar di sini walaupun cuaca memang panas terik. Agak ramai juga yang singgah di sini. Pelancong luar pun ada. Di bawah ini ada maklumat serba sedikit tentang sejarah Kellie's Castle yang noe petik dari portal Majlis Daerah Batu Gajah. Maklumat lengkap ada dipamerkan di dalam bangunan bersejarah ini berserta gambar pemilik asal bangunan ini.


Kella House


Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
Kella House

William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.

Kella House

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Kella House

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.


Kella House

Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.
Kella House


Bayaran masuk
Cuti Umum
·         Pelancong Luar         : RM 5.00
·         Pelancong Tempatan : RM 4.00
·         Pelajar sekolah (Rendah dan Menengah)  : RM 3.00
·         O.K.U / bawah 6 tahun           : Percuma

Harga Biasa
·        Pelancong Luar         : RM 5.00
·        Pelancong Tempatan : RM 4.00
·        Pelajar sekolah (Rendah dan Menengah)  : RM 3.00
·        Pelajar IPT (Perlu tunjuk kad IPT)   : RM 3.00
·        O.K.U / bawah 6 tahun           : Percuma
Waktu Operasi : 8.30pagi - 7.00 petang (setiap hari)
No. Tel.   : 05-3668198
Contact person: En. Tajuddin  : 019-505 0050
                        En. Harris: 019-449 5886
Kella House


Kella House


Kella House



Kella House
Koridor berhantu katanya


6 comments:

  1. Salam 2016 sis.. jarang berblog kebelakangan ni. Lama juga saya tak jejak ke Kellies Castle ni. Nampak lagi kemas dan cantik sekarang ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khir...dah lama tak berblog...BW pun jarang...
      Sis first time pergi sana...teratur je tempat ni dan kemas...

      Delete
  2. hari tu pergi dah petang. dah nak tutup.dok luar jelah. tak sempat nak masuk dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo..tak per...lain kali boleh datang lagi ...

      Delete
  3. Bunda orang Perak pun tak pernah sampai lagi kesini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noe pun baru sampai Bunda...org perak juga ni :)

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena