...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, March 11, 2016

Khasiat Daun/Akar Pandan


khasiat pandan


1. Dikatakan mampu untuk merawat badan berbau, kencing manis, anemia, gonorea, sapremia dan sifilis. Daun pandan direbus atau direndam dengan air panas/suam/sejuk kemudian diminum.

2. Air rebusan akar pandan dikatakan mampu untuk merawat penyakit kencing manis.

3. Baik untuk kesihatan rambut dan kulit kepala serta sakit otot dan sendi. Caranya dengan minyak direndam dengan daun pandan kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut.

4. Dijadikan ramuan bedak sejuk yang digunakan untuk kesihatan kulit.

5. Dijadikan sebagai pewangi. Daun diletakkan di dalam almari, bilik, kereta, peti sejuk dan sebagainya.

6. Digunakan sebagai pencegah serangga. Daun pandan dimasukkan bersama bahan simpanan seperti bijirin dan kekacang.

7. Daun pandan digunakan dalam istiadat atau upacara tertentu seperti dalam majlis perkahwinan iaitu dipanggil sebagai bunga rampai.

8. Daun pandan juga digunakan untuk mendapat bau pandan pada agar-agar, kek, kuih muih, kordial, minuman dan sebagainya.

9. Digunakan juga untuk menghasilkan warna hijau dalam masakan seperti kek dan kuih muih.


2 comments:

  1. Kat rumah bunda merimbun pokok pandan, bukan buat kegunaan biasa saja...malah bunda selalu letak dalam kereta, harum satu kereta...tak payah pewangi kereta lagi dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat umah noe pun banyak bunda...siap buat hiasan atas meja lagi... :)...jimat duit bunda x payah beli pewangi kereta...pewangi kereta dah la mahal kan...

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena