...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, April 11, 2016

Keputusan Pelumba Malaysia Di MotoGP Amerika

Kedua-dua pelumba Malaysia bagi kategori Moto3 gagal mengekalkan rentak mereka di MotoGP Argentina apabila gagal untuk mendapatkan mata di MotoGP Amerika. Adam Norrodin yang bermula dipetak ke 6 gagal meneruskan perlumbaan apabila jatuh ketika di awal perlumbaan manakala Khairul Idham Pawi yang bermula dipetak terakhir iaitu petak ke 32 hanya berjaya menduduki tangga ke 20. Bagi keputusan secara keseluruhan Khairul Idham jatuh satu anak tangga di mana menduduki tangga ke 5 dengan 25 mata manakala Adam di tangga ke 21 dengan 5 mata. Buat kedua-dua pelumba negara, teruskan usaha dan jangan berputus asa.

Keputusan penuh bagi Kategori Moto3 seperti di bawah.



Seorang lagi pelumba Malaysia untuk kategori Moto2 iaitu Hafizh Syahrin juga gagal mengekalkan rentak kecemerlangan apabila sekadar menduduki tangga ke 16 sekaligus gagal untuk mengutip sebarang mata. Secara keseluruhan Hafizh Syahrin jatuh ke tangga 9 dengan 23 mata. Keputusan penuh bagi Moto2 seperti di bawah.




6 comments:

  1. salam noe ..
    utk 2 minggu berturut2 sy berjaga pg ...
    satu masa tu nama Pawi hilng dr skren ..
    tiba2 bila nampak takat ke 20 atau 21 ..
    tu yg dikata from hero to zero ..
    hihi ..
    apapun musim 2016 panjang lg ..
    blh cover pd race akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby...minggu lepas sempat tengok moto2 & motogp...pagi tadi tengok moto3 je..
      hehehe...kita tengok race akan datang :)

      Delete
  2. kesian kt davidioso ..
    minggu lps no 2 dah dlm tangan,
    koner terakhir dlm pusingan terakhir dia dilanggar rakan sendiri ..
    utk race ni pula no 3 dah dlm tangan ..
    tp dani pula langgar dia ..
    blm ada rezki ..
    apapun marquez terlalu unggul mlm td ..
    jauh dia tinggal lorenzo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...nasib malang sungguh...belum rezeki dia...subuh tadi dah ngantuk sangat..moto2 baru nak mula dah belayar... :)

      Delete
    2. subuh lak...pagi tadi...

      Delete
  3. Noe apa khabar? Lama tak sembang ek.

    Bukan menang ke Noe....tu yg mana pulak hihi..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena