...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, June 29, 2016

Masuk Hospital Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah di penghujung Ramadhan. Dah nak masuk Syawal. 

Baru-baru ni Bob di masukkan ke Hospital. Tahun lepas Ali masuk hospital masa bulan Ramadhan. Tahun ini Bob plak. Isnin malam minggu lepas, lepas solat maghrib Bob mula kena sakit belakang kemudian perut. Bob ingatkan angin...minta urut. Lepas tu mula muntah...semua makanan masa berbuka habis keluar balik. Mula-mula ajak pergi klinik atau hospital tapi dia tak nak. Tunggu sekejap katanya. Noe siap tuamkan air panas tapi masih sama...muntah-muntah dan sakit perut. Cery bery tak ada la plak. Last dia nak juga pergi klinik...tak nak ke hospital. 

Orang sakit
Sakit pun sibuk dengan phone

Punya la lama tunggu kat klinik. Ramai orang sakit. Doktor suspect appendix, terus bagi surat rujukan ke hospital. Dari klinik terus pergi KPMC. Dulu biasa noe pergi ke KPJ je tapi sejak noe kes denggi dulu...wad asyik penuh jer...lepas dari tu noe pergi KPMC plak. Sampai hospital pun Bob masih muntah2. Doktor bagi ubat tahan sakit di buntut lepas tu buat test air kencing dengan darah. Air kencing ada darah sikit pastu macam ada infection sikit. Doktor nak buat ujian lebih details nak confirm sama ada appendix atau batu karang, so kena tahan wad. Selesai urusan masuk wad dalam pukul 2 pagi. Dah selesai Bob masuk wad, noe pun balik rumah dengan Aya.

orang sakit
Aya berbuka puasa di hospital

Esoknya bersahur berdua dengan Aya je la. Hantar Aya sekolah lepas tu pergi hospital balik. Terpaksa la ambil EL. Bob kena buat CT Scan ... malam tu doktor pakar confirm Bob ada batu karang. Ada 2 batu. Doktor bagi ubat untuk pecahkan batu tu. Tiga empat hari Bob duduk hospital noe pun sama la ulang alik hospital. Nasib baik la hospital tak jauh dari rumah, parking pun tak ada la susah sangat nak cari. Lepas raya kena datang hospital lagi. Nak cek benda lain plak. Bob muka pucat. Darah kurang macam ada pendarahan. Bila dah meningkat usia ni macam-macam la penyakit yang datang. Penyakit yang dah ada ditambah dengan penyakit lain lagi. Bob dah ada RA dan hypothyroidism, masa kat KPMC ni pun pergi ambil darah untuk check RA sebab hari sabtu ada appointment dengan doktor pakar untuk RA plak. Macam2.


12 comments:

  1. Allahuakbar! Ujian di bulan ramadhan Noe
    Noe cuba google cara buang batu karang. Kakak pernah buat kat hubby kakak dan masuk dlm blog juga. Selain ada ayat-ayat quran ada cara minum. Cuba cari entri kakak. Dah lupa linknya. Hubby kakak hampir nak kena operation tak jadi alhamdulillah..

    Semoga en Bob terus sembuh dan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noe dah jumpa link tu kak zakie http://zakiepurvit.blogspot.com/2014/12/perubatan-alternatif-batu-karang.html .. nanti noe minta Bob cuba..

      Terima kasih Kak zakie..

      Delete
  2. Ujian dibulan puasa ye Noe..
    Semoga en bob noe segera sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kak Yatie... ada hikmahnya tu..

      Terima kasih kak yatie

      Delete
  3. Allahuakbar... dugaan Ramadan... semoga dipermudahkan segalanya dan mudah2an abg Bob cepat sembuh... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Khir ... Aminnn

      Delete
  4. Ujian dibulan puasa ni.baru2 ni bala mertua sy pun kena batu karang..waktu kencing memang ada keluar bijik.nti kena further checkup lg..suami noe ni dah kes teruk kot smp muntah2..sabar ye..setiap ujian ada hikmah..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah keluar dari salur kencing...dah pecah kut batu tu...kn scan lagi tu PK..takut ada lagi...

      tak pasti la teruk ke tak...tu la...ada la hikmahnya tu... terima kasih PK

      Delete
  5. kena batu karang? ya allah dugaan tu..sabar ye kak nOe...mmg pun bila dah berusia ni byk penyakit senang 'singgah' jadi kita mmg perlu jaga pemakanan dan ambil makanan yg sihat..so skrg mcm mana..dah boleh balik rumah

    ReplyDelete
  6. Salam Noe....moga Bob sekarang dah OKlah hendaknya. Gitulah kan Noe....umur dah semakin meningkat ni.
    Tak pelah penat sikit, dah nak buat macam mana suami sakit.

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena