...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, March 06, 2017

Kasut Getah Jenama Bowling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam sibuk pergi mencari Kasut Getah Jenama Bowling. Kasut ini dalam senarai kelengkapan yang perlu Aya bawa masa Kem esok. Kitaorg pergi la ke Pekan Kajang. Kasut ini dulu..ada yang bawa pergi menoreh getah. Bob kata kawan-kawan dia dulu masa sekolah ada yang pakai kasut ni....Bob tanya Noe..."kawan awak ada tak yg pakai kasut ni?"...Mana la den tau...tak kuasa den nak check kasut apa yang diaorg pakai... 

Noe dah cakap dengan Bob, tak payah cari di kedai-kedai kasut biasa. Kena cari di kedai-kedai macam kedai kampung. Kedai Kampung??? Mana ada kedai kampung noe oi...kat pekan ni kan. Ala..kalau sebut kedai kampung...yg pelbagai barang ada dijual tu. 

Ikutkan kehendak Bob, merayap juga la ke kedai-kedai kasut biasa di Pekan Kajang dan juga dalam Plaza Metro Kajang tu. Mana nak cerokeh...cerokeh?? Orang Perak mesti tahu maknanya... :). Memang la tak jumpa...last-last keluar...Bob bawa jalan-jalan jauh sikit...ini stress .. nak jalan-jalan...noe dah rasa nak naik angin jer...siap cakap... "ni nak pergi kedai mana plak.."..dah tua-tua ni...nak jalan lama-lama dah tak larat...tapi tetap layan je la...

Singgah satu kedai india berhadapan bus stop Pekan Kajang...Kedai ni jual macam-macam barang...macam kedai kampung la...last-last jumpa la kasut ni. Lega yang amat...kalau tak ... tak tau nak menapak ke mana lagi. Harga kasut ni RM11.90. Kasut ni mungkin di guna untuk meranduk sungai masa aktiviti kat kem tu. Kasut ni juga boleh digunakan untuk hiking...Misi mencaru Kasut Getah Jenama Bowling telah berjaya. 

Kasut Hiking


4 comments:

  1. Teringat pulak kasut mak pergi noreh dulu dulu. Kasut getah mcm tulah Noe tp dia ada tali....

    Tak licin ke ek Noe kasut tu

    ReplyDelete
  2. tahan kasut getah ni, ringan �� pakcik sy suka pakai kasut getah camni, cuma sy x tau jenama apa

    ReplyDelete
  3. murah sgt tu..harap2 tahan lasak smpi bila2

    ReplyDelete
  4. Kasut ni ada saiz kanak2?

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena