...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, May 31, 2019

Tak Sabar Nak Balik Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni hari terakhir noe kerja...lepas ni cuti seminggu.. tapi ni masih mengadap lappy. Beg semua tak kemas lagi... banyak benda yang nak dibuat lagi kat rumah ni...bab nak mengemas ni memang stress. ... setiap kali nak balik kampung atau pergi ke mana-mana yang memerlukan kita untuk bermalam... noe mesti akan buat senaran barang-barang yang ingin dibawa. Dulu noe ada buat entry berkenaan dengan senarai barang untuk balik kampung dan juga senarai barang-barang anak juga. Mudah sikit...dan tak ada la barang yang tertinggal.

Ada yang dah sampai kampung ke? Cikgu2 mesti ramai yang dah sampai kampung kan... sama ada balik kampung halaman sendiri atau kampung mertua. Noe tahun ini giliran kampung halaman noe sendiri selepas tu baru balik kampung mertua. Orang yang ada kampung mesti rasa seronok...cuma yang kampung yang jauh tu...mental dan fizikal kena kuat sikit la untuk berjalan jauh dan menempuh kesesakan. Minda dah kena set awal-awal...jalan mesti sesak yang amat. Bila minda dah set..kurang sikit rasa stress tu. Pastikan dapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Kepada mereka yang kampung halaman di Kampung Pandan Kuala Lumpur dan Kampung Baru Kuala Lumpur... mesti seronok juga...sebab jalan tak sesak...ini la masa untuk bersantai-santai di tengah2 jalan (boleh ke?? :)). Tapi ada juga yang tidak mempunyai kampung...ada yang tinggal di taman-taman perumahan..kampung juga tu... yang pasti keseronokan akan terasa bila berkumpul bersama sanak saudara tak kira di mana pun tempat nya... di kampung..di taman perumahan.. sama jer...

Beberapa hari lagi...noe tempoh la jalan di dalam gambar bawah ini... ini gambar tahun bila daaa...mengikut google maps street view ni... ini tahun 2013. Tak lama lagi...berderet la kereta di tepi-tepi jalan ini sebab kat halaman rumah dah penuh. Sesak la jalan ni nanti... motor tak berhenti-henti lalu lalang...tapi itu lah keseronokannya...

Apa-apa pun semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. 


Felda lasah

3 comments:

  1. Selamat plg ke kpg Noe. Fiza pulak raya tahun ni di rumah mertua. 3hb baru gerak.

    Hati² di jalan raya. Selamat hari raya Noe.

    ReplyDelete
  2. Musim perayaan kesesakan lalu lintas D ni perkara biasa la kan..nasib la kami kampung dekat.Dulu2 merasa juga menghadap jam

    ReplyDelete
  3. seronok tgk suasana kg macam ni

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena