Apa yang menarik minggu ni??? Sudah pasti kisah Atok ku kahwin lagi. Ni Atok belah husband aku. Umur atok ni dalam 70 lebih dan isterinya plak dalam 60 lebih. Ok la tu. Atok aku ni ada 10 orang anak, semua anaknya dah berkahwin dan cucu pun dah berpuluh orang, cicit pulak dalam 12 orang. Sementara belah isterinya, ada 3 orang anak..cucu dah ada tapi cicit aku tak pasti la.
Majlis berlangsung pada hari sabtu (17hb Julai 2010). Aku balik kampung pada malam jumaat (hari jumaat malam sabtu). Disebabkan hujan lebat malam tu...aku gerak dari rumah dalam pukul 12 lebih (kira dah hari sabtu la tu). Sampai kampung dalam pukul 1 lebih. Masa sampai tu adik beradik husband aku hampir semua dah sampai manakala adik beradik mak mertua aku pun ada sekali. Kira ramai la masa tu. Rupanya esok pagi sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan, kitaorg ada buat kenduri sunat untuk anak buah aku. Sampai2 aku tolong la sikit2. Tak banyak pun yang boleh ditolong sebabnya hampir semua dah siap. Tidur dalam pukul 4 pagi.

Hari sabtu sibuk la...mak mertua aku buat hidangan mee udang, pulut kuning + sambal ikan bilis, ayam goreng, kuih muih dan lain-lain lagi la. Ramai orang kampung yang datang. Aku plak orang ramai dah start datang baru la aku sibuk2 nak mandi dan pakai baju kurung. Husband aku plak sibuk di dapur menggoreng ayam dengan buat air. Aku plak bila dah tukar baju tu..aku malas nk berpeluh lagi...so banyak relax jer...Bila dah selesai kenduri..baru la masing2 sibuk bersiap nak pergi ke rumah pengantin perempuan.
Aku dan mak mertua, group2 yang paling last pergi...so masa sampai tu majlis akad nikah dah berlangsung. Dalam rumah tu penuh dengan kaum kerabat belah pihak lelaki jer. Punya la ramai yang pergi...orang-orang kampung pun ramai juga yang pergi...Aku ni sibuk nak mengambil gambar jer..Nasib baik la aku dapat tempat paling bagus untuk ambik gambar. Sempat la di mana episod-episod membatalkan air sembahyang berlangsung. Episod menyerahkan mas kahwin, episod menyarungkan cincin dan episod cium tangan dan dahi...hehehehe... Riuh rendah rumah tu dengan gelak ketawa dan episod sakat menyakat. Memang meriah. Aku siap ambil video untuk episod-episod tersebut.
Lepas habis makan semua ... aku pun balik la ke rumah mertua..sampai jer rumah..aku dan hubby terus mengemas dapur....hantar semua pinggan mangkuk ke bahagian cuci pinggan mangkuk...bahagian cuci pinggan mangkuk di ambil oleh mak dan bapak sedara husband aku....bila dah setel semua...aku dan hubby terus membungkang kat ruang tamu....dah tak ambil kisah orang datang rumah ke ape ke...
Petang tu...bapak dan mak sedara hubby aku sibuk duk menggelakkan ayah diaorg...sabar jer la...memang la banyak episod menarik...hehehe..aku pun tumpang gelak jugak. Banyak episod2 kelakar...diaorg siap tengok video yang aku ambik ... gelak sakan...malamnya masing2 dah keletihan termasuk la aku...habis la sudah episod atokku kahwin lagi. Semoga atok berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Kalau sebelum ni atok tinggal sorang-sorang..sekarang atok sudah berteman.
Esok tengahari nya aku dah balik rumah sebab anak aku ada kelas taekwando. So bermula la rutin harian aku seperti hari-hari sebelumnya.
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh