21st July 2010
bertambah lagi usia aku...nothing special today...ditambah pulak dengan badan yang tak sihat...seharian aku memerap dalam rumah kerana kepala sakit..kena migraine...sampai satu tahap aku tak tahan...makan ponstan 2 biji sekali...dengan harapan kepala aku berhenti sakit. Menangis sorang-sorang dalam rumah menahan sakit...siap telefon hubby mengadu sakit.
Apa-apa pun terima kasih kepada semua kawan dan anak-anak buah aku yang mengucapkan selamat hari lahir kepada aku. Ingatan kalian semua amat aku hargai dan terima kasih sekali lagi.
- Semoga di panjangkan usia agar aku dapat memperbanyakkan ibadat aku dan memperbetulkan kesilapan aku.
- Semoga di murahkan rezeki kepada aku agar dapat aku memberikan keperluan secukupnya kepada anak-anak aku dan kedua ibu bapa aku dan juga membantu kepada mereka yang memerlukan
- Semoga aku diberikan keberkatan dunia dan akhirat
- Semoga aku diberikan tubuh badan yang sihat - mental dan fizikal
- Semoga aku diberikan keceriaan dalam hidup
- Semoga aku dijauhkan dari perkara-perkara yang dimungkar
- Semoga aku tabah dalam menempuh segala dugaan yang mendatang
- Semoga aku menjadi isteri yang baik untuk suami aku dan umi yang baik untuk anak=anak aku
Insyallah semoga cepat sihat
ReplyDeleteterima kasih cikgu ok
ReplyDelete